munajat cinta rabbi

munajat cinta rabbi

Khamis, 23 Disember 2010



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....ALLAHUAKBAR!!!!
Selawat buat Junjungan mulia Rasulullah s.a.w,kekasihNYA yang ku rindui....
MUHAMMADU AR RASULULLAH.....

Tanggal 20 hb disember,detik yang ditentukanNYA bagi diri ini makin mendekati suatu medan tarbiyyah yang dijalin bukan hanya sekadar kata-kata semngat di lapangan jihad,tapi,ia merupakan salah satu medan latihan realiti yang perlu jiwa ini merentasinya walau hati masih tidak mampu sentiasa berbaik sangka pada kebolehan diri yang terasa kerdil bersama sahabat-sahabat dan masyarakat...bukan mudah untuk mencapai mardhatillah kerana 'conception' yang diberikan bagi menterjemahkan ia agak susah bagi hati dan diri yang masih bertatih di pinggiran dakian 'hadaf'...

Destinasi itu amat panjang hingga pertemuan dengan keluargaku di Bandar Baharu,...
first time mempunyai keluarga angkat~ku kira 2 buah keluarga angkat yang melayaniku dan kak Z dengan baik bagaikan keluarga sebenar...timbul rasa 'kekok' untuk berhadapan dengan keluarga angkat yang baik dan setiap masyarakat di situ yang ku kira menantikan 'pembaharuan' dalam memahami islam sebenar...

Kemesraan antara kami terjalin atas ikatan kekuatan aqidah dan atas nama perjuangan walau terasa berat untukku labelkan diri ini sebgai 'pejuang'...semudah menyebut dengan lisan dan pena,tapi,amat sukar melaksanakan secara istiqamah...dan kekuatan iman dan taqwa yang 'mantop' amat ditagih dalam merealisasikan 'islamic's way in our life'-konsep pendekatan dakwah yang berterusan.....

Alhamdulillah,terima kasih jua buat emakku,abahku,tokku,abangku,adik-adikku seramai 6 orang di alor star,,,percayalah,,hati dan diri ini amat menyayangi kalian dan merindui kalian tika dekat mahupun berjauhan kerana ALLAH!!!buat ummi sekeluarga dan pak ali sekeluarga,terima kasih menerima kehadiran kami dalam lembaran hidup kalian,walau terasa amat sukar untuk diri ini berbicara ramah seperti kak Z,tapi,percayalah,kalian akan selalu di ingatanku ini...kenangan terindah di B.baharu takkan ku lupakan sepanjang usiaku,insyaallah.....
Buat teman-teman seperjuangan dan seaqidah keseluruhan,inginku simpulkan di sini-"amat mudah berbicara tentang perjuangan dan kesatuan fikrah dalam pelbagai aspek kehidupan,namun,bukan semudah kata dan seindah tindakan untuk zahirkan dengan tindakan yang ikhlas keranaNYA,maka KEFAHAMAN dan KEBERGANTUNGAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH TERAMAT PENTING sebagai elemen asas TERPENTING sebagai HAMBA ALLAH yang ditaklifkan PEJUANG AGAMA ALLAH!!!

berSANGKA BAIK kepada ALLAH dengan belajar untuk redha dengan ketentuan allah setelah kita berusaha sungguh-sungguh.....'man jadda wa jada'-

syukran jazilan for UKHTI Z>>>>atas segala nasihat dan kata-kata yang menjadi topik hangat kita bersama..thanks 4 understanding~really appreciate it....mga ukhti Z dapat terus istiqamah dalam medan jihad ini...insyaallah~~

~~kasih sayang itu bukan dinilai dengan mata kasar mahupun material semata-mata,tapi,kasih sayang sejati itu yang mengingati dan saling mendoakan dalam kebahagiaan iman di dunia dan di akhirat,,kasih sayng itu bukan hanya terungkap dengan butir-butir bicara indah semata,tapi,turut disertai dengan tindakan mahupun secara tersingkap mahupun tersurat'~~

SUBHANALLAH~~kami pulang ke alor star lebih awal atas pertindihan komitmen program>misi dalam mendidik adik-adik di kawasan perumahanku...'usrah menjana generasi bertaqwa'

#moga dengan sekelumit keringat yang sedikit ini ditimbang berat nilaiannya di sisi ALLAH S.W.T...bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba yang berpegang teguh dengan agamaNYA,namun akan ku cuba walau sering tersungkur,dan terus mencuba mencuba hingga nilaian cinta illahi melengkapkan pencarian hidup ini hingga akhir nafasku...insyaallah....

Dan saat pertemuanku denganNYA...pertemuan sang pencinta dengan yang dicintai,,moga diredhai yang dicintai kepada sang pencinta ini...walau cintaku ini ku kira masih belum lengkap pendakiannya,,,masih mencari kepingan kemilau cahaya cinta yang masih belum terlengkap di persada hati ini,lantas melestarikan dengan amal yang sempurna kerana NYA>>>yang ku cintai walau aku bukan sang pencinta yang sempurna tahap CINTA AGUNG yang ku damba...

SUBHANALLAH~~~~merindukan sinar cahaya tangisan dalam zhauq mahabbah kepadaNYA>>>>=(

*****JOM RAIH CINTA ALLAH***SEMAI CINTA RASULULLAH***

wallahua'lam...