munajat cinta rabbi

munajat cinta rabbi

Ahad, 25 Disember 2011

mentadabbur jauh dlm jiwa%


Dengan lafaz cinta kpd Allah..

Laila ha illallah,muhamadur rasulullah...

Tiada bait-bait bicara yang mampu merungkai rasa hati ini..ya allah,,diberinya aku kesukaran untuk meluahkan rasa hati melalui kata-kata lisan,namun,diberinya jalan lain dengan kata-kata melalui pena yang bergerak..di hati yang kesedihan,,di waktu ini,aku sendirian,baru selesai solat..mentadabbur al-quran dan terdetik di hati untuk menulis sedikit coretan di blog ku ini..biarlah pena bergerak walau hakikatnya,hati seakan ingin segera bertemu dengan tuhannya saat ini jua..tak sanggup berada di dalam dunia lagi..tapi,menyedari hakikat diri yang bergelumang dosa noda saban hari dan waktu..aku tertunduk malu dalam sujud memohon ampun,,ampunilah hati ku ini,,ya allah,,aku telah merasa kecewa dengan sesuatu..aku tidak mahu melayan rasa yang yang tidak baik ini..aku ingin ubati hati ku kini yang kecewa yang zahirnya semua tidak nampak perasaanku yang sebenar,,hanya DIA yang memahamiku..hanya DIA yang mendengar segala keluh kesahku,hanya DIA yang melihat aku tiap detik dan ketika..jika aku berpaling dalam perjuangan ini,aku mengkhianati cintaku sendiri,tapi,aku kecewa dengan keadaan kini..aku perlu menghidupkan roh dalaman ku yang kian gersang dek jauhnya hanyut dengan pentas dunia yang akhirnya hanya fantasi cinta dunia semata-mata..

Mungkin bagi orang lain,hal ini kecil..dan aku sering mempositifkan diri serta menyatakan kepada hati..'sabarlah duhai hati,',,'kuatlah wahai diri'..dan ketawa dan tersenyum,,adakah aku hipokrit??wallahua'lam,,cukuplah allah bagiku,,tapi,kenyataannya,aku bukanlah seoramg yang kuat dan tegar berdepan dengan semua ini..aku cuba bersabar dan mengatakan kesabaran kepada sahabat-sahabat ku yang turut terlibat..sabarlah,sahabat-sahabat yang ku cintai kerana Allah,,walau aku terkdg agak jarang bertanyakan khabar kepada mereka,tapi,hakikatnya,aku jua merindui mereka sebagai sahabat seperjuangan,ukhuwwah fillah,moga doa yang ku panjatkan buat mereka menguatkan mereka/kami dalam perjalanan mereka yang agak berliku seoanjang perjuangan ini..ku serahkan kepada Allah menjaga mereka di kejauhan walau aku tidak bisa menjaga mereka..ya allah,peliharalah dan cintailah kami ini,kuatkanlah hati-hati kami agar bertambah keimanan dan tegarkan lah jiwa-jiwa kami agar terus berjuang di jalanMU..

ku yakin,setiap manusia mempunyai ujian hidup masing-masing..begitu jua aku yang terlepas daripada ujian hidup..aku merasakan sudah sampai masanya,aku perlu lebih berani berdepan dengan segala tekanan tanpa perlu takut dengan kesan yang bakal ku hadapi..kini,aku rasakan kekecewaan ini membuatkan aku lebih mahu ke depan,biar lah mereka dengan perspektif mereka sendiri,,tiada ku ingin pedulikan perspektif dan pemikiran mereka yang kurang mendengar,kurang melihat,kurang bergerak..biarlah mereka yang lain ingin katakan aku suka membuat kepala sendiri,biarlah..bukan aku ingin larikan diri,bukan jua aku ingin mematikan dakwahku,,,cuma,kesabaran pun ada hadnya..aku ingin punya pendirian sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa,,pendirian ku tetap bersandarkan kepada Allah,rasulullah dan ikutan sahabat2,tabiin dan ulamak-ulamak islam yang dicintai Allah..dan dakwah tetap terus disebarkan..

inshaallah,aku akan gagah berlari,dan akan ku tetap melihat ke belakang jua dalam menyedarkan aku hakikat perjuangan untuk mencatur larianku ke hadapan..sudah lah dengan segala pandangan negatif manusia kepada pejuang islam,suruh berjuang,bila berjuang ada liku-likunya..dan perjuangan ini sukar bergerak sendirian,melainkan dengan berpersatuan @ berorganisasi..bersama sahabat-sahabat..

'jika ku turuti hatiku,aku akan bergerak sendirian menuju cahaya illahi,namun,kerana ku sedar akan kefahaman perintah Allah dan sunnah rasulullah s.a.w menyruh kita berdakwah secara berkumpulan sepertimana ayat dalam surah as -soff;

'sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan allah dalam barisan yang teratur,seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.'

air mata terus mengalir tika membaca dan menghayati makna ayat surah as-soff ini...dan juga..

Rasulullah s.a.w peringatkan:

يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا”. فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ: ”بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ”. فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا

الْوَهَنُ قَالَ: ”حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

“Akan datang suatu masa, dalam waktu dekat, ketika bangsa-bangsa (musuh-musuh Islam) bersatu-padu mengalahkan (memperebutkan) kalian. Mereka seperti gerombolan orang rakus yang berkerumun untuk berebut hidangan makanan yang ada di sekitar mereka. Salah seorang sahabat bertanya: Apakah kerana kami (kaum Muslimin) ketika itu sedikit? Rasulullah menjawab: Tidak! Bahkan kalian waktu itu sangat banyak jumlahnya. Tetapi kalian bagaikan buih di atas lautan (yang terombang-ambing). (Ketika itu) Allah telah mencabut rasa takut kepadamu dari hati musuh-musuh kalian, dan Allah telah menancapkan di dalam hati kalian wahn. Seorang sahabat Rasulullah bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan wahn itu? Dijawab oleh Rasulullah saw.: Cinta kepada dunia dan takut (benci) kepada mati.”


Lumpuh dan lemahnya kita kini,kerana cinta dunia dan takut kan mati..benar kata rasulullah s.a.w,kerana itu kita,pejuang islam ada yang berjuang tetapi,pendirian masih berubah-ubah dan goyah..inilah kelemahan kita yang perlu diatasi..

mungkin hikmah ujianNYA ini,untuk aku muhasabah diri dan lebih kuat serta tegar pertahankan apa yang aku yakini benar,dan menyatakan salah apa yang aku yakin ianya salah dengan hukum-hukum islam yang syumul..subhanallah,,jadi..??

maka,hendaklah kita..


“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran:103)

subhanallah,benarlah segala kata-kataMU,dan janjiMU..ya allah,tetapkanlah hati-hati ini dalam agamaMU dan perjuangan islam ini..hanya ENgkau lah yang selayaknya kami berserah diri dan menundukkan hati ini..terimalah janji setiaku kepadaMU Ya Allah,,janganlah tinggalkan ku dan sahabat-sahabatku sendirian tanpa cintaMU..rahmatilah kami dengan maghfirah dan kasih sayangMU,,amennn..

syukran jazilan ya allah,,terima kasih padaMU tuhan..alhamdulillah,makin ku melihat ke dalamnya hikmah ujianMU..penuhilah hatiku dengan cintaMU seoenuhnya,,dalam kerinduan kepadaMU,tanpa ku inginkan sesiapa melihatku saat aku bermunajat kepadaMU,perelokkan lah akhlak ku dan diriku sebaik-baiknya agar menjadi pendamba cintaMU yang sejati..ameenn..,biarlah hanya aku dan ENGKAU saja tika dalam munajat cinta,di atas ratib sejadah ..bersendirian denganMU amat mengasyikkan..subhanallah..

Sabtu, 24 Disember 2011

nukilan istiqamah


alhamdulillah,syukur atas segala nikmatNYA buat diri ini..

Dalam membicarakan tentang istiqamah dalam perjuangan,memang tidak semudah kata-kata berbicara,bahkan terkadang,hati kita sendiri seakan mungkir dengan makna istiqamah sebenar..

Agak kehairanan,jika suatu masa seseorang itu bergiat aktif dengan segala pergerakan dakwahnya,namun,pada suatu ketika,disebabkan sesuatu sebab yang tidak mampu dielakkan,dia terpaksa memilih jalan dakwah yang lain buat sementara waktu,sebelum kembali semula ke jalan dakwah nya yang permulaan yang diceburinya,adakah dia boleh dikatakan tidak istiqamah??hanya kerana sebab berubah sebentar jalan dakwahnya??

Aku tidak mengerti kenapa masih ada yang beranggapan bahawa aku makin menjauhkan diri bahkan ada yang mengatakan aku ingin lari daripada jalan dakwah itu..mengapa menganggap aku begitu??teruk sangatkah aku ini??

Aku selalu berperang dengan perasaanku sendiri dan jua terkadang keluargaku inginkan aku bergiat dalam jalan dakwah yang ayahku sedang bergiat sekarang..jadi,bagiku,tidak salah,aku jua bergiat dalam dakwah seprti ayahku kerana dakwah itu bercabang dan pelbagai jalan dalam menyebarkan islam yang benar.ketahuilah,bukan mudah untuk berdakwah dengan orang yang berlainan fikrah,jadi,janganlah terlalu menjumudkan fikiran kita dengan berpendapat hanya jalan dakwah kita sahaja yang benar..dan menganggap jalan dakwah orang lain adalah salah..tidak benar,sahabat!!jalan dakwah yang benar,yang merangkumi jua 10 muwasafat tarbiyyah,siasah dan kemasyarakatan..aqidah yang benar,ibadah yang soheh,amalan yang sempurna dan sebagainya..usahlah menjadi individu yang fanatik atau taasub tanpa pegangan,pendirian mahupun keterangan yang soheh..

Antara politik dan dakwah dalam didikan kemasyarakatan,bukan kah ia nya jika berpandukan ke arah islam,menegakkan daulah islamiyyah,ia nya bagaikan bercabang-cabang anak tangga naik ke ssebuah pintu merealisasikan cita-cita kita bersama??
islam itu benar,dan agama islam ini syumul serta universal..dengan mempunyai fikrah islam dan diserapkan kefahaman roh islam dan iman,inshaallah,ihsan akan terlestari dalam jiwa-jiwa ini..

Penegasan yang ingin ku nyakan;inshaallah,selagi diri ini masih bernafas,selagi hati ini masih berdegup dan hidup,akan ku teruskan jalan juang ini,kerana janjiku padaNYA abdikan seluruh jiwa sehingga masanya DIA menyeru hujung nyawaku..syahid matlamat ku..

~sahabat seperjuanganku,mohon mengerti,bukan aku ingin menjauh,bukan aku ingin melarikan diri,bukan aku berjauh hati,tapi,aku punya sebab beralih arah buat sementara waktu ketika itu,namun,jangan ingat tika itu aku berpeluk tubuh,mahupun,bersenang-lenang,kerana kenyataannya,aku jua berjuang di jalan yang berbeza,dan matlamatnya sama seperti jalan juang itu jua..inshaallah~

ALLAHUAKBAR!!
mga cintaNYA sentiasa membisikkan hati ini mengingatiNYA dan merinduiNYA..

walau zahirnya aku seperti gembira,hakikatnya,ku sembunyikan rasa di hati sendirian..wallahua'lam,.

Rabu, 21 Disember 2011

Topeng mahasiswa dan politik?

sUBHANALLAH..
dalam diam aku temui ilham,dalam tafakkur ku temui damai,
dalam gembira ku temui duka,dalam tawa ku temui sendu,
dan dalam cinta jua aku temui Rindu kepadaNYA YANG ESA...

Menyedari tentang situasi kini yang menghadapi fatrah PRU 13 yang akan datang.
Terfikir juga,apakah peranan mahasiswa sebenarnya?adakah hanya menuntut ilmu yang dimaksudkan adalah hanya pergi kuliyyah,study dan baca buku saja??tidak perlu ambil port tentang dunia luar apatah dunia politik yang sering disinonimkan dengan 'dark world'.percaya atau tidak,masyarakat kita di malaysia ini,hatta mahasiswa khususnya di kampus ku,iaitu di utara,masih belum mengalami tempoh pra nmatang,apatah lagi pra matang sebgai masyarakat yang berfikiran terbuka terutama mahaisiswa yang kita selalu mendaik dada,merupakan golongan cerdik pandai,adakah mahasiswa utara mempunyai minda kelas pertama??jika setelah graduate,kita menggengam ijazah yang berupa segulung sijil beku atau sijil yang penuh adventureous sebagai student movement??think about it.

Jika dilihat kepada peringkat=peringkat penganugerahan pangkat degree,akan ada yang mendapat 'first degree.second,and third degree' atau hanya biasa-biasa saja..boleh dikatakan cukup-cukup makan untuk kita genggam ijazah..pilihan di tangan kita sendiri!!

Terkadang kehairanan,dengan purata lambakan siswazah mahupun lepasan daripada bidang-bidang masing di IPTA/IPTS dan politeknik,,rasanya,jika dibuat suatu perkiraan yang bijak,telah mampu menghidupkan masyarakat dengan budaya ilmu,kemahiran bergikir dan memperluaskan kefahaman islam.Ditambah pelajar-pelajar lepasan pengajian islam yang ramai,dengan wujudnya J-QAF yang memungkinkan budaya islam dapat diterapkan dengan lebih mampan.Tetapi,realitinya,tidak seperti yang kita gambarkan,kerana dengan peratusan statistik gejala sosial yang semakin meningkat bahkan yang memegang ijazah pengajian islam dan bukan pengajian islam jua terjerumus,.mari kita lihat.di mana kah silapnya realiti kita kini??

Dalam pengajaran guru ku,aku dan kawan-kawan sekelasku pernah ditanya;antara pendidikan,sosial,ekonomi,dan politik,yang manakah yang antara terpenting untuk dikuasai bagi negara kita??..soalan yang membuatkan aku tersenyum jua..ehm,ada yang menjawab,pendidikan,,,ada yang memilih ekonomi..dan sebagainya..aku dan sebahagian sahabat-sahabatku memilih politik,,'ok,guruku berkata:Politik merupakan suatu yang berkuasa,dengan menguasai politik,iaitu pemerintahan dan pentadbiran negara,kita mampu merubah segala-galanya dan menguasainya sepenuhnya seperti pendidikan,ekonomi,sosial dan sebagainya..'sebab itu,betapa ramai orang bergiat dalam politik,mungkin untuk pangkat,nama dan kedudukan dalam pentadbiran kan??betulkah??
pentingkah nama,kedudukan dan pangkat??

YA,bagi aku,penting!!tapi,kepentingan bagi kita yang mengaku beriman dengan 6 rukun iman dan melaksanakan 5 rukun islam,semestinya,kita perlu menguasai ketiga-tiga elemen ini,bukan untuk diri kita secara peribadi tetapi,untuk kita menjadikan ketiga-tiga elemen ini sebagai suatu wasilah untuk kita menegakkan amar maaruf nahi mungkar,dan untuk kita kembalikan keizzahan hukum islam yang syumul..masih kah sahabat-sahabat merindukan daulah dan khilafah islamiyyah tertegak di muka bumi ini??masihkah ingat kisah-kisah kegemilangan kerajaan islam suatu ketika dulu??atau kita masih terlena di buai cinta dunia yang fana,atau tidak sedar apa yang terjadi dengan dunia kini??

Kita jangan terlalu menjumudkan pengertian politik atau siasah itu sendiri.Sedarlah,ISlam adalah agama yang syumul dan universal,segala aspek kehidupan manusia telah terangkum di dalamnya,termasuklah politik.Walaupun ada di antara kita yang bergiat di dalam organisasi bebas seperti ABIM,JIM atau IKRAM,NISA',LANDAS dan sebagainya,tapi,hakikatnya,oragnisasi apa-apa pun tetap ada unsur politik di dalamnya,hatta di dalam keluarga kita sendiri pun,kita berpolitik??ya,itu kenyataannya,..susunan aturan organisasi kita dalam keluarga,muamalah atu perhubungan kita dengan keluarga,perlu menjaga hati mereka dan sebagainya..bukan hanya parti politik seperti PKR,PAS,UMNO,DAP atau lebih mudah pakatan rakyat dan barisan nasional saja memainkan peranan mereka dalam membawakan agenda politik pemerintahan.

Tidak dinafikan,dalam dunia politik sendiri,ada hitam dan putihnya,mungkin melihat keadaan situasi sekarang,terdapat pihak parti politik tertentu bermain cara kotor atau jalan gelap yang berleluasa kini,membuatkan masyarakat mengalami 'mind-setting' menolak politik kerana KEHITAMAN taktik politik pihak parti politik.,Inilah antara tugas mahasiswa yang berada di menara gading,yang mengaut ilmu di lapangan kampus untuk turut bergiat mengaut ilmu pengalaman di lapangan dakwah bermasyarakat..Tugas mahasiswa sebagai jurubicara ummah dan masyarakat di kampus,masayarakt negeri hingga seluruh negara,bukan hanya berpeluk tubuh,menghadap buku semata-mata tanpa bergaul dengan masyarakat.bak kata tok guru'al-ilmu fi as sudur,wa la fil kutub'-ilmu itu di dalam hati,maknanya kena praktik,bukan ilmu itu hanya di buku..teori semata-mata..

Kita lihat anjakan paradigma yang sering menggegar negara'isu demonstarasi atau memorandum' umpama menjadi suatu budaya kepada mahasiswa kini,malah ia turut mempengaruhi masyarakat untuk mengambil tahu isu-isu yang berlaku di dalam negara ini.Kebanyakan yang menyertai demonstrasi adalah anak-anak muda yang inginkan perubahan dan menuntut kebebasan serta hak sebagai rakyat mahupun sebagai mahasiswa.Kita soroti semula sepintas lalu,berkaitan isu AUKU,Akta yang mencengkam mahasiswa.Walaupun telah dipinda beberapa seksyen seperti berkaitan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dibenarkan menyertai parti politik,itu masih belum melepaskan mahasiswa untuk bergerak lebih terkedepan,Pindaan ini berlaku jua,antaranya sebagai respon daripada demonstrasi jalanan yang dilakukan mahasiswa khususnya..walaupun mahasiswa ditekan dan dicekam serta dikatakan 'kaki demo jalanan',tapi,bila difikirkan semula,mahasiswa bahkan rakyat mempunyai jalan apa lagi untuk menunjukkan kebenaran kepada pemerintah??dengan kuasa yang terhad atau boleh dikatakan tiada untuk mahasiswa,mereka hanya boleh berdemonstrasi dan teruskan berusaha untuk menjadikan negara ini bersih dan bebas daripada unsur kemungkaran dan kezaliman pemrintah diktator.adakah pindaan AUKU hanya suatu gimik politik??nilailah sendiri daripada kaca mata kita sebagai rakyat mahupun mahasiswa??atau anak muda yang mengaku merdeka??

Kita bakal menjengah PRU 13 2012,adakah kita telah bersedia dengan perisai masing-masing dengan mendaftarkan diri sebgai pemilih untuk pilihanraya umum ke 13 ini??atau kita hanya bangga dan bergaya berjuang,tetapi hakikatnya,kita sudah cukup 21 tahun untuk berdaftar,malangnya,tidak mendaftarkan diri sebgai pemilih??malulah kita,hebat berkata tentang perjuangan,kononnya lawan habis-habisan,tetapi,senjata tidak dibawa untuk berperang,akhirnya,terkandas sebelum menuju ke pintu masuk peperangan jihad ini..PRU 13,,let's face it together!!!ANAK MUDA ISLAM BANGKIT MEMNADU UMMAH!!
SUBHANALLAH!!ALLAHUAKBAR!!!

~ANAK MUDA UTARA MEMACU PERUBAHAN NEGARA ISLAM~

wallahua'lam..segala yang dicoretkan hanya picisan minda hambaNYA yang kerdil..maaf jika terasa dan sebagainya..sesungguhnya mati di jalan ALLAH itu,matlamat cita-cita tertinggi kami!!ALLAHUAKBAR!!!!