Sabtu, 24 Disember 2011
nukilan istiqamah
alhamdulillah,syukur atas segala nikmatNYA buat diri ini..
Dalam membicarakan tentang istiqamah dalam perjuangan,memang tidak semudah kata-kata berbicara,bahkan terkadang,hati kita sendiri seakan mungkir dengan makna istiqamah sebenar..
Agak kehairanan,jika suatu masa seseorang itu bergiat aktif dengan segala pergerakan dakwahnya,namun,pada suatu ketika,disebabkan sesuatu sebab yang tidak mampu dielakkan,dia terpaksa memilih jalan dakwah yang lain buat sementara waktu,sebelum kembali semula ke jalan dakwah nya yang permulaan yang diceburinya,adakah dia boleh dikatakan tidak istiqamah??hanya kerana sebab berubah sebentar jalan dakwahnya??
Aku tidak mengerti kenapa masih ada yang beranggapan bahawa aku makin menjauhkan diri bahkan ada yang mengatakan aku ingin lari daripada jalan dakwah itu..mengapa menganggap aku begitu??teruk sangatkah aku ini??
Aku selalu berperang dengan perasaanku sendiri dan jua terkadang keluargaku inginkan aku bergiat dalam jalan dakwah yang ayahku sedang bergiat sekarang..jadi,bagiku,tidak salah,aku jua bergiat dalam dakwah seprti ayahku kerana dakwah itu bercabang dan pelbagai jalan dalam menyebarkan islam yang benar.ketahuilah,bukan mudah untuk berdakwah dengan orang yang berlainan fikrah,jadi,janganlah terlalu menjumudkan fikiran kita dengan berpendapat hanya jalan dakwah kita sahaja yang benar..dan menganggap jalan dakwah orang lain adalah salah..tidak benar,sahabat!!jalan dakwah yang benar,yang merangkumi jua 10 muwasafat tarbiyyah,siasah dan kemasyarakatan..aqidah yang benar,ibadah yang soheh,amalan yang sempurna dan sebagainya..usahlah menjadi individu yang fanatik atau taasub tanpa pegangan,pendirian mahupun keterangan yang soheh..
Antara politik dan dakwah dalam didikan kemasyarakatan,bukan kah ia nya jika berpandukan ke arah islam,menegakkan daulah islamiyyah,ia nya bagaikan bercabang-cabang anak tangga naik ke ssebuah pintu merealisasikan cita-cita kita bersama??
islam itu benar,dan agama islam ini syumul serta universal..dengan mempunyai fikrah islam dan diserapkan kefahaman roh islam dan iman,inshaallah,ihsan akan terlestari dalam jiwa-jiwa ini..
Penegasan yang ingin ku nyakan;inshaallah,selagi diri ini masih bernafas,selagi hati ini masih berdegup dan hidup,akan ku teruskan jalan juang ini,kerana janjiku padaNYA abdikan seluruh jiwa sehingga masanya DIA menyeru hujung nyawaku..syahid matlamat ku..
~sahabat seperjuanganku,mohon mengerti,bukan aku ingin menjauh,bukan aku ingin melarikan diri,bukan aku berjauh hati,tapi,aku punya sebab beralih arah buat sementara waktu ketika itu,namun,jangan ingat tika itu aku berpeluk tubuh,mahupun,bersenang-lenang,kerana kenyataannya,aku jua berjuang di jalan yang berbeza,dan matlamatnya sama seperti jalan juang itu jua..inshaallah~
ALLAHUAKBAR!!
mga cintaNYA sentiasa membisikkan hati ini mengingatiNYA dan merinduiNYA..
walau zahirnya aku seperti gembira,hakikatnya,ku sembunyikan rasa di hati sendirian..wallahua'lam,.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam istiqamah.. kekadang faktor keluarga memainkan peranana dan pengaruh yang besar dalam diri muslimat terutamanya. memang akan timbul isu apabila berlaku pertembungan. Antaranya, Dakwah dan perjuangan. Aku hanya mampu berdakwah, kira berjuanglah tu..
BalasPadam