munajat cinta rabbi

munajat cinta rabbi

Rabu, 21 Disember 2011

Topeng mahasiswa dan politik?

sUBHANALLAH..
dalam diam aku temui ilham,dalam tafakkur ku temui damai,
dalam gembira ku temui duka,dalam tawa ku temui sendu,
dan dalam cinta jua aku temui Rindu kepadaNYA YANG ESA...

Menyedari tentang situasi kini yang menghadapi fatrah PRU 13 yang akan datang.
Terfikir juga,apakah peranan mahasiswa sebenarnya?adakah hanya menuntut ilmu yang dimaksudkan adalah hanya pergi kuliyyah,study dan baca buku saja??tidak perlu ambil port tentang dunia luar apatah dunia politik yang sering disinonimkan dengan 'dark world'.percaya atau tidak,masyarakat kita di malaysia ini,hatta mahasiswa khususnya di kampus ku,iaitu di utara,masih belum mengalami tempoh pra nmatang,apatah lagi pra matang sebgai masyarakat yang berfikiran terbuka terutama mahaisiswa yang kita selalu mendaik dada,merupakan golongan cerdik pandai,adakah mahasiswa utara mempunyai minda kelas pertama??jika setelah graduate,kita menggengam ijazah yang berupa segulung sijil beku atau sijil yang penuh adventureous sebagai student movement??think about it.

Jika dilihat kepada peringkat=peringkat penganugerahan pangkat degree,akan ada yang mendapat 'first degree.second,and third degree' atau hanya biasa-biasa saja..boleh dikatakan cukup-cukup makan untuk kita genggam ijazah..pilihan di tangan kita sendiri!!

Terkadang kehairanan,dengan purata lambakan siswazah mahupun lepasan daripada bidang-bidang masing di IPTA/IPTS dan politeknik,,rasanya,jika dibuat suatu perkiraan yang bijak,telah mampu menghidupkan masyarakat dengan budaya ilmu,kemahiran bergikir dan memperluaskan kefahaman islam.Ditambah pelajar-pelajar lepasan pengajian islam yang ramai,dengan wujudnya J-QAF yang memungkinkan budaya islam dapat diterapkan dengan lebih mampan.Tetapi,realitinya,tidak seperti yang kita gambarkan,kerana dengan peratusan statistik gejala sosial yang semakin meningkat bahkan yang memegang ijazah pengajian islam dan bukan pengajian islam jua terjerumus,.mari kita lihat.di mana kah silapnya realiti kita kini??

Dalam pengajaran guru ku,aku dan kawan-kawan sekelasku pernah ditanya;antara pendidikan,sosial,ekonomi,dan politik,yang manakah yang antara terpenting untuk dikuasai bagi negara kita??..soalan yang membuatkan aku tersenyum jua..ehm,ada yang menjawab,pendidikan,,,ada yang memilih ekonomi..dan sebagainya..aku dan sebahagian sahabat-sahabatku memilih politik,,'ok,guruku berkata:Politik merupakan suatu yang berkuasa,dengan menguasai politik,iaitu pemerintahan dan pentadbiran negara,kita mampu merubah segala-galanya dan menguasainya sepenuhnya seperti pendidikan,ekonomi,sosial dan sebagainya..'sebab itu,betapa ramai orang bergiat dalam politik,mungkin untuk pangkat,nama dan kedudukan dalam pentadbiran kan??betulkah??
pentingkah nama,kedudukan dan pangkat??

YA,bagi aku,penting!!tapi,kepentingan bagi kita yang mengaku beriman dengan 6 rukun iman dan melaksanakan 5 rukun islam,semestinya,kita perlu menguasai ketiga-tiga elemen ini,bukan untuk diri kita secara peribadi tetapi,untuk kita menjadikan ketiga-tiga elemen ini sebagai suatu wasilah untuk kita menegakkan amar maaruf nahi mungkar,dan untuk kita kembalikan keizzahan hukum islam yang syumul..masih kah sahabat-sahabat merindukan daulah dan khilafah islamiyyah tertegak di muka bumi ini??masihkah ingat kisah-kisah kegemilangan kerajaan islam suatu ketika dulu??atau kita masih terlena di buai cinta dunia yang fana,atau tidak sedar apa yang terjadi dengan dunia kini??

Kita jangan terlalu menjumudkan pengertian politik atau siasah itu sendiri.Sedarlah,ISlam adalah agama yang syumul dan universal,segala aspek kehidupan manusia telah terangkum di dalamnya,termasuklah politik.Walaupun ada di antara kita yang bergiat di dalam organisasi bebas seperti ABIM,JIM atau IKRAM,NISA',LANDAS dan sebagainya,tapi,hakikatnya,oragnisasi apa-apa pun tetap ada unsur politik di dalamnya,hatta di dalam keluarga kita sendiri pun,kita berpolitik??ya,itu kenyataannya,..susunan aturan organisasi kita dalam keluarga,muamalah atu perhubungan kita dengan keluarga,perlu menjaga hati mereka dan sebagainya..bukan hanya parti politik seperti PKR,PAS,UMNO,DAP atau lebih mudah pakatan rakyat dan barisan nasional saja memainkan peranan mereka dalam membawakan agenda politik pemerintahan.

Tidak dinafikan,dalam dunia politik sendiri,ada hitam dan putihnya,mungkin melihat keadaan situasi sekarang,terdapat pihak parti politik tertentu bermain cara kotor atau jalan gelap yang berleluasa kini,membuatkan masyarakat mengalami 'mind-setting' menolak politik kerana KEHITAMAN taktik politik pihak parti politik.,Inilah antara tugas mahasiswa yang berada di menara gading,yang mengaut ilmu di lapangan kampus untuk turut bergiat mengaut ilmu pengalaman di lapangan dakwah bermasyarakat..Tugas mahasiswa sebagai jurubicara ummah dan masyarakat di kampus,masayarakt negeri hingga seluruh negara,bukan hanya berpeluk tubuh,menghadap buku semata-mata tanpa bergaul dengan masyarakat.bak kata tok guru'al-ilmu fi as sudur,wa la fil kutub'-ilmu itu di dalam hati,maknanya kena praktik,bukan ilmu itu hanya di buku..teori semata-mata..

Kita lihat anjakan paradigma yang sering menggegar negara'isu demonstarasi atau memorandum' umpama menjadi suatu budaya kepada mahasiswa kini,malah ia turut mempengaruhi masyarakat untuk mengambil tahu isu-isu yang berlaku di dalam negara ini.Kebanyakan yang menyertai demonstrasi adalah anak-anak muda yang inginkan perubahan dan menuntut kebebasan serta hak sebagai rakyat mahupun sebagai mahasiswa.Kita soroti semula sepintas lalu,berkaitan isu AUKU,Akta yang mencengkam mahasiswa.Walaupun telah dipinda beberapa seksyen seperti berkaitan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dibenarkan menyertai parti politik,itu masih belum melepaskan mahasiswa untuk bergerak lebih terkedepan,Pindaan ini berlaku jua,antaranya sebagai respon daripada demonstrasi jalanan yang dilakukan mahasiswa khususnya..walaupun mahasiswa ditekan dan dicekam serta dikatakan 'kaki demo jalanan',tapi,bila difikirkan semula,mahasiswa bahkan rakyat mempunyai jalan apa lagi untuk menunjukkan kebenaran kepada pemerintah??dengan kuasa yang terhad atau boleh dikatakan tiada untuk mahasiswa,mereka hanya boleh berdemonstrasi dan teruskan berusaha untuk menjadikan negara ini bersih dan bebas daripada unsur kemungkaran dan kezaliman pemrintah diktator.adakah pindaan AUKU hanya suatu gimik politik??nilailah sendiri daripada kaca mata kita sebagai rakyat mahupun mahasiswa??atau anak muda yang mengaku merdeka??

Kita bakal menjengah PRU 13 2012,adakah kita telah bersedia dengan perisai masing-masing dengan mendaftarkan diri sebgai pemilih untuk pilihanraya umum ke 13 ini??atau kita hanya bangga dan bergaya berjuang,tetapi hakikatnya,kita sudah cukup 21 tahun untuk berdaftar,malangnya,tidak mendaftarkan diri sebgai pemilih??malulah kita,hebat berkata tentang perjuangan,kononnya lawan habis-habisan,tetapi,senjata tidak dibawa untuk berperang,akhirnya,terkandas sebelum menuju ke pintu masuk peperangan jihad ini..PRU 13,,let's face it together!!!ANAK MUDA ISLAM BANGKIT MEMNADU UMMAH!!
SUBHANALLAH!!ALLAHUAKBAR!!!

~ANAK MUDA UTARA MEMACU PERUBAHAN NEGARA ISLAM~

wallahua'lam..segala yang dicoretkan hanya picisan minda hambaNYA yang kerdil..maaf jika terasa dan sebagainya..sesungguhnya mati di jalan ALLAH itu,matlamat cita-cita tertinggi kami!!ALLAHUAKBAR!!!!

1 ulasan:

  1. post ini hanya ditulis secara umum atau am..
    tidak diperincikan lebih dalam supaya isi kandungannya tidak memberatkan pembaca.sekadar membuka pemikiran kita bersama sahaja...maaf,jika tidak sesempurna artikel orang hebat-hebat..wallahua'lam..=)

    BalasPadam