Subhanallah...Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Selawat buat Junjungan mulia Rasulullah s.a.w....
Detik yang begitu bermakna bagiku....seorang hamba allah yang berlumur dengan dosa-dosa yang tak terhitung.....sekerdil-kerdil diri di hadapanNYA...hanya rahmat kasih sayangNYA yang dapat menaungiku jika DIA mengkhendaki...astaghfirullahal 'azim.......
Ingin dirungkaikan sebuah kisah yang dapat ku rasai di sebalik kem yang ku sertai baru-baru ini....
terasa indah tarbiyyah Allah buat kita hamba-hambaNYA,samada kita sedar atau tidak,itulah jalan yang terbaik DIA tetapkan untuk kita untuk bermujahadah dalam dakian makrifat cintaNYA....
Pada hari pertama dalam sesi latihan sebelum menjadi fasilitator dalam kem itu,terasa di hati~apakah aku ikhlas untuk ke situ??ada jua perasaan malas bergiat aktif ni,dan aku akui,aku bukanlah insan yang mencpai tahap 'mukhlisin' 100%....hati ini mudah kotor dengan dosa,namun,aku kan gilap ia kembali walau proses itu harus berulang-ulang...bagiku,aku akan terus bertaubat dan tidak akan berputus asa dengan rahmat allah yang maha pengasih lagi maha penyayang lagi maha pengampun...,
sedang terfikir-fikir,kembali terakam di hati akan isi sebuah kata-kata ulamak sufi yang mengatakan;jika nafsu mahu melakukan sesuatu yang bertentangan,maka lakukan apa yang bertentangan dengan nafsu itu dengan hati seorang muttaqiin..ke arah kebaikan...'~teringat kembali suatu ayat surah as-soff~''mengapa kamu tidak lakukan seperti apa yang kamu katakan??''itu daripada mafhum yang hati ini faham dengan rungkaian minda yang cetek ini...bahawa...aku berkata akan dakwah~tarbiyyah.tadhiyyah.perjuangan jihad,tazkiyyah,tsabat dan sebaginya,,,,,
adakah aku mahu berpaling daripada apa yang aku tegaskan dengan kata-kata??astaghfirullahal'azim....
perbetulkan niat semula ya sahabt2ku bernama 'al-qalb' dan 'translate' ke minda serta 'transform' dalam bntuk perbuatan diri.....Ayuh~~subhanallah....suatu trilog kembara musafir cinta......~~~
Perjalanan yang panjang ku kira~ke daerah yang kurang ku ketahui dan sekolah yang tak pernah ku jejaki..hanya pernah memasang niat ingin mengetahui tentang sekolah itu...~alhamdulillah,sampai di sini...sekolah yang digelar yayasan ______(wallahua'lam)..
Terasa sebak pada kali pertama kaki ini jejak di bumi itu...aroma budaya ilmu semerbak mewangi dalam teduhan rahmat illahi...subhanallah...sesi taaruf dan taklimat antara urusetia dan fasilitator bermula...bertemu pihak sekolah itu yang ramah-tamah....alhamdulillah...terima kasih ya saudara2 ku seislam di sini dan di mana2 jua...aku bersyukur diberi kesempatan untuk menyumbang tenaga dan ilmu kurniaan allah kepadaku yang x seberapa ini...
Hari bertemu adik-adikku seislam...generasi pewaris masa hadapan..tak mampu terungkap di hatiku,netapa aku gembira bertemu kalian...tersenyum aku teringatkan adik2 kandungku di rumah....erm,rindunya pada mereka ya...'Ya Allah,sampaikan salam rinduku ini kepada ibu bapaku,datuk nenekku dan adik beradikku jua sahabat2ku,guru2 ku dan seluruh umat islam di dunia ini,jadikanlah kecintaanku ini kerana mencintaiMU''......
Bermula jua di sini...aku bersama 7 adik2 fasi ku...subhanallah,susah jugk hendak meraih 'target information' mereka ya??apa aku perlu buat???planning????
'Diilhamkan kepada diri akan kejahatan dan juga ketaqwaan'-surah as-syams...
bersangka baik kepada mereka tapi,terus mencungkil siapa mereka sebenar~~research target'~very difficult,.but there's more benefit to improve myself and themselves~~all of us~~
Adik-adikku yang ku sayangi kerana Allah,dan sahabat-sahabat seperjuangan kerana Allah,serta umat islam seluruhnya~~
'tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya apa yang dikasihi bagi dirinya sendiri'-hadis sahih...mafhum yang difahamiku tika waktu ini~kita,kebnyakan mnusia akan mencintai sepenuhnya sesuatu perkara dan minta dibalas,sedangkan hakikat cinta dan sayang yang suci adalah menyayangi saudara2 seislam nya kerana Allah dengan landasan islam yang syumuliyyah..berlaku adil tika bertegas dengan musuh allah,dan berlemah lembut serta bertolak ansur sesama islam dengan jalan yang diredhoiNYA....men'zohirkan rasa kasih atas sebuah cinta kepada Allah....subhanallah,indahnya islam...
setelah selesai seharian bersama2 adik2,aku sering bermuhasabah sambil berjalan2 dengan sahabt2ku yang berlainan IPT denganku~melihat perspektif pemikiran mereka dan merungkai falsafah hidup dengan mengaitkan Allah dalam perjalanan hidup manusia di dunia ini...
'kak,bila ana renung2 kan rentetan hidup ana dari dulu hingga sekarang,ana syukur sangat2 dan rasa tak layak bersama sahabat2 kat sini yang lebihnya ilmu daripada ana ni..mampu kah ana bagi sumbangan kepada adik2 ini??dulu,makin ana cuba mengelak dari jalan tarbiyyah allah ini,mkin Allah membimbing ana kembali,,,ana sering lalai ingt kan DIA,tapi,sungguh DIA YANG AGUNG,tak pernah lalai membiarkan ana dalam hidup ini??jahatkan ana,kak??--persoalan yang ku kira amat payah inin ku hadam dalam bicara....
'adik,betul tu...kita semua ini,sama di sisi Allah,hnya bezanya,iman dan taqwa kita...jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah,hargailah nikmat2 tarbiyyah yang allah campakkan pada kita ni,jangan pernah berhenti mencari cintaNYA,inilah ujian yang kita mesti kita hadapi dalam hidup ini,tambahan kita adalah da'ie Allah,allah uji kita dengan wasilah ini untuk tarik kita serahkan seluruh pergantungan kita kepada allah sepenuhnya'...'
'Ana faham,kak...tapi,susah betul nak bagi hati kita ni bersih daripada maksiat,susah jugak nak selaraskan apa yang di niatkan ke arah kebaikan untuk dilaksanakan dengan tindakan dalam diri...ana terasa,jika ana tak mampu mengalirkan air mata ketika solat kepadaNYA,berkata2 denganNYA dalam zikir,ana amat terasa ingin selalu menangis,,,sebab ada nikmat tangisan di situ...kak,egois kah ana??sombongkah ana ni??ana susah menangis kerana manusia semata2,kerana bagi ana,jika dikaitkan dengan allah,baru ana getar hati,,,ana akan kembali muhasabah diri ana..manusia akan kembali kepada penciptanya...iaitu Allah...'~susah mahu faham apa yang ana fikirkan ka,kak??
~erm,akak faham perasaan adik,mga adik terus dengan perjuangan ini ya...terus mencari,,,dan mencari...hingga destinasi yang haqiqat makrifatullah itu datang merungkai kasih'~~subhanallah,lebih kurang begitu apa yang ku faham daripada seorang ukhti ku yang baru 4-5 hari ku kenal...Aku terbaca sebuah hadis ni yang menarik perhatianku~~SUBHANALLAH!!!!
Hadis Rasulullah;
'Allah s.w.t berfirman;Aku menurut sangkaan hamba-KU kepadaKU,dan AKU akan tetap bersamanya selama mana ia berzikir kepadaKU.Jika dia berzikir(mengingatiKU)dalam dirinya maka AKU akan mengingatinya dalam diri-KU.Jika dia menyebut namaKU di dalam sebuah perhimpunan maka AKU mengingatinya dalam perhimpunan yang lebih baik daripada perhimpunannya'-riwayat Al-Bukhari....
Memang tak terlafaz kata hiba terungkap kepada adik2 dan teman seperjuanganku tika itu~~aku mencintai kalian kerana Allah~indahnya detik bersama kalian yang takkan ku lupakan sepanjang hayat...
Kenangan sayu bercampur keinsafan mengingatkan adik2 azab tinggalkan solat,masalah aurat,couple,msalah keluarga dan jati diri seorang muslimah...memperbetulkan gerak wuduk dan solat adik2...dan merungkai persoalan adik2 tentang permsalhn dlm wuduk,solat dan sebaginya...ditambah dengan waktu muhasabah dalam halaqoh adik2~ku nama kan special case,men 'gulingkan pemerintahan nafsu ke atas hati nurani' dengan pertabalan 'kerajaan hati pimpinan petunjuk illahi'~~struggle!!ya akhowat~~we are islamic flowers~Subhanallah!!!ALLAHUAKBAR!!!!............wonderful,alhamdulillah..
bila kita mahu berubah,adik-adikku sayang???adik2 kena kata macam ni kat kak tau...sekali dengan gaya~~biar style islamic concept,ok??masyi>>??
''insyaallah..insyaallah.pasti boleh..!!!MESTI BOLEH!!!!ALLAHUAKBAR!!!
lucu jugak melihat muka sahabat2 seperjuangan tak cukup tidur,tidur lewat ,bangun awal.da jadual hirasah lagi...kena ulang alik bilik fasi,bilik gerakan,dan bilik adik2...memang mujahadah rasanya~walau penat,tapi nikmat da di situ~~alhamdulillah
Terima kasih,sahabat2 seperjuanganku yang mengenali diri ini mahupun tidak mengenali diri ini~apa pun yang kita lakukan smada melalui gerakan apa-apa pun,pastikan matlamat @hadaf utamanya adlah TEGAKKAN ISLAM DALAM HATI,DIRI,MASYARAKAT DAN NEGARA!!
untuk membentuk generasi rabbani dan mengenal Tuhan dengan kejernihan aqal dan tulusnya ilmu,memerlukan 'kader2' @ pejuang islam yang sanggup menjadi apa yang islam gariskan~
teringat ayat ni;mafhumnya yang ana faham;mahukah aku tunjukkan perniagaan yang lebih baik kepadamu?berimanlah kepada Allah,berjuanglah di jalan Allah....''(terus memahami erti makna ayat2 quran dan hadis dalam penyerapan ke dalam kehidupan ini...
Pandangan Allah lebih utama daripada pandangan makhluk,tapi,jangan tidak dipedulikan pandangan makhluk kerana boleh jadi pandangan makhluk dapat meraih nikmat cinta dalam pandangan Allah buat kita sebgai makhlukNYA jua'~~
subhanallah,terasa coretan hati kecil dapat diungkapkan dengan berfalsafah dalam skop hidup~~epilog hamba yang menagih cintaNYA~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan