munajat cinta rabbi

munajat cinta rabbi

Selasa, 8 Mac 2011

MUHASABAH DIRI~~

APA SEBENARNYA NI??LAPANGKAN DADA,INGATLAH ALLAH SETIAP SAAT WALAU TANPA SEDAR MAHUPUN KETIKA SEDAR~~


Salam jihad buat sahabat2 yang dirahmati allah sekalian...

Pujian syukur setinggi-tingginya buat Tuhan sekalian alam,ALLAHUAKBAR!!!

Selawat buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w...

Di sini,ana ingin memberikan komentar berkaitan masalah yang kita,mahasiswa islam khususnya,dan sahbat2 seperjuangan di bumi barokah ini..suatu topik yang bagi pendapat ana,agak sensitif dan agak diminati oleh ramaja..

ISU 'CINTA & HATI'

Kita sering mendengar khabaran tentang permasalahan remaja berkaitan 'isu couple'~ada yang bersetuju dan ada yang menidakkan.Dan ada yang memperjuangkan dalam diam dan ada juga secara terang-terangan.da yang bercakap depan2 dan ada yang bercakap belakang2...begitulah manusia,pelbagai corak dan ragam,punya pemikiran tersendiri.. lumrah dunia..

Masih terngiang-ngiang di minda,kata2 ustazah dan kata2 kakak2 dan abang2 senior smasa zaman persekolahan dulu,yang intipatinya:menjadi persoalan di sini;jika kita sudah punya cinta yang kekal di hati,yang ternyata adalah fitrah bertuhan,untuk mencintai Allah,rasul dan agama islam,untuk apa kita mencari dan menjerumuskan hati malah diri ke lembah dosa cinta yang tidak halal buat kita??~'

'JANGANLAH KAMU MENDEKATKAN DIRI KAMU KE ARAH ZINA'~sungguh mendalam balaghah ayat Allah s.w.t buat hamba-hambaNYA,~berfikir sendirian:kenapa Allah melarang@ mendekatkan kita hampiri zina?mengapa allah tidak melarang masa kita nak nak buat keburukan itu??mcm:jangan kamu buat zina??persoalan yang menarik,

~teringat semasa ketika Nabi Adam dan Hawa berada di syurga<''Jangan Kamu menghampiri pokok itu(satu pokok di syurga yang dilarang oleh allah untuk makan buahnya)..kenapa Allah katakan jangan hampiri??bukan 'jangan makan'??setelah dikaji,Subhanallah,maha suci Allah,allah Maha Bijaksana,DIA lebih mengetahui tentang makhluk2NYA,fitrah manusia,apabila dia cuba menghampiri,dia akan cuba mendekati dan melakukannya..begitulah yang terjadi kepada NAbi Adam & Hawa.Kerana takdir allah yang menentukan segala2nya,disebabkan tipu daya Iblis laknatullah menghasut Hawa,dan Hawa termakan pujukan iblis dengan memujuk NAbi Adam menghampiri pokok larangan lantas memetik dan memakan buah daripada pokok syurga itu(pokok larangan)..~.apa yang diberitakan oleh allah,punya pengajaran buat kita manusia,,;afala ta'lamunn??afala tazkurunn''??mari kita bermuhasabah diri masing2..

(cinta :menyintai dan dicintai adalah fitrah insani~sejauhmana pelaksanaanya??)

sejauhmana kita menolak 'cinta tidak halal' kerana Allah??adakah benar kerana Allah??-Pernah terjadi,ana pegang kata2 seorang kakak senior ni,ana kagum dengan peribadinya dan penghayatan agamanya,dan di juga dikatakan 'anti-couple' dengan pengajaran yang baik.Namun,terasa bagaikan halilintar menusuk hati,apabila ana mendapat bukti bahawa apa yang dikatakan dan dipertahankan selama ini tntg 'isu hati' @isu 'couple' hanya suatu kata2 yang ada terselit sedikit pendustaan'!!astaghfirullahal 'azim...makin hilang respect ana pada dia..sungguh sedih hati ini,,kerana ana menyanyangi dia sebgai teman seperjuangan,teman yang pernah berjanji setia dalam perjuangan,,,Ya allah,ampunilah aku kerana aku tidak punya kekuatan untuk berdepan dengan dia,aku tahu dia juga hambaMU,Engakau syangi dia,maka Engkau menguji dia dengan apa yang dia pertahankan selama ini,bimbinglah dia kembali ke sisiku dalam memperjuangkan amar maaruf nahi mungkar,ya allah',,Ada hikmah di sebalik semua ini,ana makin percaya,hidup ini adalah lakonan,kita pelakonnya,Allah pengarahnya,..'kita kena yakin,bahawa kita ni manusia,hamba Allah,ana berpegang dengan hadis rasulullah'-('sesungguhnya manusia itu tidak terlepas daripada salah,lupa..)..dan firman Allah((La yukallifullahu nafsan illa wus'aha...))..as long as i know that everyone is not perfect,~

Kembali mencari semula cebisan2 kepercayaan yang hancur buat dia,lantas mencantumkan semula walau tidak secantik asalnya,insyaallah,suatu kata2 ku sisipkan jua di lemabaran hidup-'letakkan kepercayaan kita 100% kepada Allah s,w,t dan Raulullah s.a.w,letakkan jua 70% kepercayaan kepada makhluk yang kita percaya,30 % untuk ketidak percayaan ketika 'emergency',agar kita dapat menimbang tara,perlukah kita percaya secara taqlid 'ammiyyah @ percaya membuta tuli??'-ingat,kita semua daripada tanah dan akan kembali semula ke dalam tanah..tiada yang sempurna melainkan allah,dan diberi status 'maksum' kepada rasulullah,,,maka percayalah 100% kepada Allah..cintailah Allah secara mutlak.cinta rasulullah adalah syarat melengkapkan cinta kepada Allah~100%..

Daripada suatu sudut lain,ana membuat analisis sendiri apa yang terjadi daripada pengalaman sahabat2 di kampus mahupun di luar kampus,masyarakat luar,,-titik persoalannya:untuk @ kerana apa kita 'Amar maaruf nahi mungkar??'

adakah kerana adat?ikut-ikutan atau kerana allah??~pernah da seorang kakak yang ana kenal ketika belajar memandu dulu,dia kata'selalunya kita mengatakan 'Tidak Boleh!!' secara qot'ie,wa la dhonni..kita terus menghukum sahabat kita,tanpa mengkaji kenapa dia jadi begitu...di manakah letaknya ukhuwwah yang dilaung-laungkan oleh orang agama macam adik2 ni,yang mengaji agama,tapi,suka menghukum tanpa dikaji dan dirawat masalah ini di kalangan anak-anak muda sekarang??ke mana perginya ilmu agama dan kefahaman adik-adik selama belajar agama ni,adakah belajar untuk menghukum?'-astaghfirullahal 'azim..mungkin benar apa yang dikatakan kakak itu tadi,walaupun daripada pandagan mata kasar,kita lihat,daripada pemakaiannya,boleh dikatakan 'kurang berunsurkan muslimah',tapi,kita ambil luahan perasaan dia sebgai masyarakat yang sekurang-kurangnya,mahukan unsur islam,~ayuh,sahabt2,dekatilah masyarakat kita,lihatlah kebaikannya jua,usah dilihat 100% kepada keburukannya semata2,fahami mereka,dan bimbinglah mereka untuk mengenal cinta TUHAN Yang AGUNG yang mebawa keabadian cinta~

..Sama2 kita bertafakkur sendirian menghadap Allah,'betulkah jalan yang aku lalui ini??adakah Engkau redhai Jalan yang aku pilih ini??'ingatlah,sebaik-baik pergantungan adalah pergantungan kepada Allah..jika manusia tidak mengenal kita,tidak mengapa,berharaplah Allah dan RasulNYA mengenali kita,bukan kerana keterlampauan dosa2 kita,tapi,kerana amal soleh kita,beribadah kepada allah,bermuamalat dengan manusia secara syarie,berlaku baik sesama makhluk lain..(innamal a'maliu binniyyah)//

Review: Itulah yang terjadi dengan masyarakat hari ini,kita yang mengaji Agama,yang katakan faham tentang agama,tapi,sejauhmana kita mengajak masyarakat kampus@ masyarakt luar untuk bersam-sama faham tentang agama??konsep ukhuwwah kita sekadar di bibir kah??entahlah..ana pernah dengar kata2 seorang ustaz ini-'Kita kalau nak sampaikan apa2 yang berbentuk muhasabah @nasihat berkaitan hati agar orang lain dapat berfikir dan merasa,kita kena bercakap melalui hati jua(jalinan hati ke hati),bukan dengan kata2 daripada lidah tidak bertulang semata2,kerana apa??kerana untuk menyusup ke hati orang lain,kita kena ada mata hati untuk memahami orang lain jua,bukan mudah nak tawan hati orang untuk bawa islam dengan ikhlas,walaupun susah untuk dia bawa islam kepada msyarakat,sekurang-kurangnya,bercukupanlah buat dirinya dan keluarganya membawa islam dlm hidup mereka.."..dalam sungguh kata2 ustaz yang mengajar di depan masa sekolah agama dulu..

'Kita sibuk berbicara tentang masalah hati,masalah 'couple',masalah2 yang lain,sedngakan kita masih ada banyak masalah2 lain perlu di utamakan'~

ana terfikir??benarkah x perlu fikir masalah2 itu?subhanallah..mungkin ada benarnya,tapi,bagi ana,daripada hati itu sendiri memainkan peranan penting,bayangkan kalau tidak melaksanakan sesuatu perkara tanpa 'ada hati',boleh jadi elok kah pekerjaan kita itu??jika kita sendiri ada masalah hati,masih bergelumang dengan dosa2 kecil apatah lagi besar,adakah sampai ke dalam hati2 orang yang mendengar kita berbicara??

-jom nasyid=jagalah hati,jangan kau kotori,jagalah hati lentera hidup ini'

~jika kita tidak berbicara soal hati,tidak mengapa,tapi sejauhmana kita mengambil pendekatan dlm mengislahkan hati2 kita ini??adakah hnya mahukan hati kita yang makin kusam dengan dosa ini,terus menerus berbuat dosa,dan akhirnya,,terus mati tanpa kita sedar??~

Daripada suatu sudut lain,ada benarnya kata2 itu,tapi,perlu keseimbangan antara dalaman dan luaran~biar 'sibuk' dengan erti sibuk mengislahkan hati ke arah kebaikan,bukan hanya berbicara tanpa melakukan perubahan,,bukankah kita digalakkan supaya berhijrah 'to be a better person'??YA!!,kita seimbangkan kedua-duanya,apabila ada kefahaman yang benar tentang merawat masalah hati kita,insyaallah,allah akan tunjukkan jalan yang lurus dan benar dalam menghadapi mehnah dan tribulasi hidup kita~bukankah hidup ini adalah perjuangan??apatah lagi,jika perjuangan itu untuk menegakkan islam,AMAR maaruf nahi mungkar!!

saban hari, berfikir,menilai dan seakan hampir tersungkur,apabila kembali tersedar,ada limit nya aqal kita manusia hingga minda lelah untuk berfikir,keyakinan kepada siapa kita hendak mengadu?? bukankah masih ada tempat khas untuk hati dan diri mencurahkan rasa,dan melepaskan lelah di jiwa dengan keserabutan dunia,menangis sepuas2nya tanap makhluk lain melihat kita melainkan Al-KHALIQ...dimanakah destinasi cinta itu sebenarny??kita sangka kita sudah bertemu cinta sejati di dunia,dengan keindahan dan keasyikan cinta makhlukNYA itu,tapi,tidakkah kita terfikir,adakah kita meletakkan cinta kita kepada makhlukNYA itu berlandaskan apa yang digariskanNYA??-YA!!!ana akui,memang agak mudah buat ana menaip tulisan ini,memang mudah membicarakan hal ini,tapi,jika kita tidak bersama-sama mengislahkan @ memperbaiki hal-hal berkaitan hati2 kita ini,SIAPA LAGI???adakah kita hendak harapkan orientalis2 barat selesaikan masalah2 umat islam ini??ataukah musuh2 islam??bukankah mereka telah lama merancang bertindak untuk menghancurkan islam sejak dulu lagi??

Jika tidak terpikul di bahu kita semua yng mengaku beriman dan bertaqwa ini,kepada siapa lagi??hendak harapkan orang yang tidak faham islam,orang yang 'baka' nya islam tapi,fahamnnya belum tentu islam sepenuhnya??SIAPA??

~lirik maher zain rasa2nya lah~

-When you ask me about LOVE..,and what i know about it, my answer will be,,

it's EVERYTHING ABOUT ALLAH,THE PURE LOVE.TO MY SOUL,CREATOR OF YOU AND ME...

SUBHANALLAH!!!!!!!!!!

maafkan jika terdapat kata2 typing ana yang mengguriskan hati sahabat2 seislamku,malah kalian jua saudaraku,hamba allah dan ummat Nabi Muhammad s.a.w..serendah-rendah ukhuwwah adalah 'salamus sodri(berlapang dada)..setinggi-tinggi ukhuwwah adalah 'itsar'(melebihkan orang lain)..jadilah mukmin yang bermanfaat untuk orang lain..=)..

Asif jiddan 'ala kulli haall...may allah always bless us in HIS LOVES~~

salam ukhuwwah sekencang dakwah,selembut cinta kerana allah,segulung rindu bertemu di syurga bersama2..insyaallah..

jom check hati kita>>dah karat ka?dah sakit ka?dah sakarat ka?@ dah mati??astaghfirullahal 'azim..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan