Tika masa itu berlalu saban hari,
Terasa makin perit untuk mengklasifikasikan fitnah dan mehnah hidup yang kian menerjah badai hati,
Tiada yang bersimpati akan kekhilafan diri dalam menilai erti pejuang sejati,
Namun di situlah tarbiyyah rohani mahupun jasadi mencengkam makrifat ubudiyyah,
Hanya ingin merasa walau seteguk mahabbah ilallah,
Menjadi pendamba cinta kepada AL-KHALIQ,
Jelaslah,dalam pendakian maqam cinta-NYA adalah tak semudah jalan perjuangan,
kerana hanya yang benar-benar layak akan meraih CINTANYA,
DIALAH PEMILIK SEGALA-GALANYA.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan