munajat cinta rabbi

munajat cinta rabbi

Khamis, 12 Ogos 2010


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......



SUBHANALLAH~~~ALLAHUAKBAR!!!!

BERSAMA TINGKATKAN AMAL MENCETUS PERUBAHAN KERANA ALLAH..
UNTUK ISLAM TERCINTA!!!!

BULAN RAHMAT,BULAN RAMADHAN~~~(^-^)

Selasa, 10 Ogos 2010



JOM TINGKATKAN AMAL IBADAH!!!!

~~Alhamdulillah,tak sabar rasanya nak meraikan bulan rahmat ni..syukur ke hadrat Allah,diri ini dan hati ini ditetapkan Allah masih mampu bernafas di naungan islam,iman dan kasih sayangNYA..

Moga kita bersama-sama meningkatkan level kecintaan kita kepada DIA YANG ESA dan RasulNYA...

Sempena bulan mulia ini,sama-samalah kita bermaafan dan memperbanyakkan amalan sunat..
Tak dapat buat semua,jangan tinggal semua...
Buat sikit-sikit dulu tak apa...
Yang penting~~Kena ISTIQAMAH>>>

insyaallah...Innallaha ma'ana~~ALLAHUAKBAR!!!
Subhanallah~Alhamdulillah~Allahuakbar!!!

Segala pujian bgi Allah s.w.t,Pencipta sekalian makhluk..dan selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...

Sayunya mendengar azan berkumandang,dan hari ini adalah hari terakhir syaaban,esok adalah Ramadhan yang ku rindui...begitu juga umat islam yang tahu meghargainya....

Menjadi seorang hamba Allah yang soleh bukan hanya dengan semngat yang berkobar sahaja,tetapi,dari tahap bagaimana dia berusaha bertaqarrub hatinya dan dirinya dalam menyerah sepenuh-penuhnya dalam segala aspek kehidupannya kepada Allah s.w.t.




Ahad, 8 Ogos 2010




Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini,aku tak mampu ke kuliyyah disebabkan keadaanku yang kurang sihat.Dari sebelum bermulanya semester pengajian,aku sibuk.bagaikan tiada istilah cuti bagiku dari menjengah ke INSANIAH tercinta...
Aku rasakan tiada yang memahami diriku ini hatta keluargaku seklipun..Hanya Tuhan yang TAHU persis bagaimana aku sebenarnya...YA!!hati kita hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI,krn DIA lah YANG memegang hati-hati manusia...

Niatku walau ku sakit,aku ingin membantu ibu bapa dan adik-beradikku dirumah..mungkin kerana kesibukanku yang membuatkan aku kerap tiada di rumah lama-lama,membuatkan ibu bapaku kecil hati padaku sebab tak dapat membantu mereka..dan masa yang ku luangkan makin tipis untukku beramah mesra dengan keluargaku..tapi,bukankah ini juga perjuangan??Aku pun ingin berehat dan bersama keluargaku dalam masa yang panjang,,tapi..bagaimana mampuku bergoyang kaki melihat generasi kini yang kian lompang akhlaknya>??aku pun tidaklah sebaik mana..tapi,aku akan berusaha menjadi muslimah yang solehah,mujahidah yang syahid fi sabilillah...

Aku dalam dilema...antara tanggungjwab di rumah dan di luar..abahku mengerti dan cuba memahamiku,tapi,mak ku,,mungkin beliau amat risaukan aku..anak perempuan sulung kan..dan adik perempuanku sorang,masih kecil dan lasak..adik beradik lelaki seramai enam orang..faham-faham sajalah bagaimana mereka kan...aku hanya mampu menangis dalam tegar.,diam dalam tangisan..irama yang tiada kedengaran..krna bagiku..aku bukannya seorng yg lemah untuk menangis teresak-esak mahupun merengek-rengek..tapi,tangisku adalah dlm diam,,bukn bererti aku egois..cuma aku simpan rasa tangis itu untuk ku adukan pada DIA~~aku hnya ingin menagis krn DIA YG SATU!!tangis kerna Allah sbb keredhaan Allah terletak pda kereghaan ibu bapa..Allah memuliakan ibu bapa,jadi aku wajib memuliakan mereka..aku harus mengasihi mereka krn aku seorang anak..dan mereka ibu bapaku yang ku cintai kerana DIA>>

Benarlah!!cinta itu bukan hanya dengan ungkapan lisan mahupun tulisan..tapi,disusuli dengan perbuatan..

Hidup ini memang memenatkan...tapi,dari situlah ada kemanisan yang dihadirkan olehNYA,rasa lega bila mengalirkan air mata krna fitrah insani..aku tahu,aku bukanlah anak yang terbaik..tapi,aku cuba menjadi anak yang dapat memyumbangkan kebaikan buat mereka..agar mereka bahagia di dunia dan di akhirat.

"Ya Allah,aku kian lelah memerhati dan menjelajah kehidupan ini..terasa aku ibarat selut hitam yang berada di persisiran pantai putih...di kejauhan,aku menatap sayu,mungkinkah aku dipandang olehMU??pedihnya hati ini,,tak siapa yang tahu..kerna mereka semua hanya melihat senyum dan gelak tawaku yang ku pamerkan..aku buakn berpura-pura,tapi,aku tak mampu untuk meratap akan hidup ini di hadapan mereka,,hnya PADAMU KU SERAHKAN SEGALA-GALANYA....YA ALLAH!!!"

**Aku ingin dan akan mencintai apa yang dicintaiNYA,dan aku ingin dan akan membenci apa yang dibenciNYA!!!**
HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID!!!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!

Rabu, 4 Ogos 2010

~Catatan hambaNYA yang berdosa~


Subhanallah~bagaimana harus ku suarakan rasa hatiku yang sebenar?mungkin ramai sahabt-sahabatku fikir aku begini,begini dan begitu...terpulanglah bagi mereka menilai aku seperti apa pun,kerana aku hanya hambaNYA yang hina.Aku ingin menjadi seorang yang kuat,tegar dalam mendepani apa pun cabaran dalam medan jihad seperti Srikandi khawlah al-azwar,menghunus pedang bak pahlawan sejati.Bagiku,aku ingin berada di barisan pertama dalam peperangan,yang mendepani musuh-musuh islam...Tapi,adakah kerana aku muslimah,aku dikhususkan untuk berada di barisan yang merawat pejuang-pejuang,ya...harusnya muslimah itu sifatnya lemah lembut dan memiliki ciri-ciri muslimah yang ku kira sempurna.Tapi,aku??aku ingin menjadi antara orang yang gugur syahid di medan itu dan memegang senjata dengan perisai besi dan pakaian yang berselumbung penuh,melindungi identiti sebenar diriku..dengan tangan ini!!,dengan hati ini!!,dengan semangat ini !!kerana Allah!!!,,mungkinkah aku menjadi seperti itu?

***********************************************************************************
Ramai yang mengatakan padaku 'tidak adakah rasa hati ini kepada insan bergelar 'adam'?wallahua'lam.apa yang mampu ku katakan;wallahua'lam.aku sendiri tidak tahu.aku takut untuk merasainya,kerana aku takut akan DIA YANG MAHA ESA!!aku takut aku terjerumus dalam fananya cinta palsu itu.Lalu,aku mengenepikan perasaan itu..jika rasa itu hadir,akan ku tepis ia jauh-jauh,dan menyibukkan diri ini dengan pelbagai wadah perjuangan islam,kerana ALLAH.

Masa zaman persekolahan hingga kini,aku turut diuji dengan 'cinta',cinta monyet ke buaya dan entah apa2 barangkali..bila difikirkan,bagaimana pemikiran aku dulu dan kini ya??betul,duniaku adalah keluarga,perjuangan,sahabat-sahabat muslimah,guru-guru dan medan ilmuku.walaupun sekolah campur muslimin dan muslimat,tiada istilah 'cinta' itu dalam diari hidupku.biarlah aku dianggap sombong,berlagak,dsbgainya oleh mereka yang bergelar muslimin.aku adlah hambaNYA,diri ini pun bukan milik kita sendiri,ini kan pula mendamba cinta hambaNYA yang lain.Alhamdulillah,segala huluran perkenalan yang ku kira bukan berlandaskan syariat islam,ku menolak dengan cara yang baik.moga hati dan diri ini istiqamah dalam menjadikan 'ISLAM IS THE WAY OF LIFE'..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Hati ini sayu melihat sahabat-sahabat muslimat kini,yang mudahnya meletakkan cinta palsu itu dan menyerahkan segala-galanya kepada si dia yang belum sah aqadnya.Malahan yang faham konsep berjuang dan islam ada yang terjerumus.Aku bukanlah penghukum,bahkan bukanlah seorang yang sempurna..kerana aku tahu..kita semua manusia...setinggi apa pun jawatan atau tahap pendidikan kita,kita semua manusia biasa dan Allah yang memegang hati-hati kita ini.Berdoalah kepadaNYA dan mohonlah ampunan daripadaNYA..

Ini salahku jua,aku yang lalai menyebarkan dakwah islam yang mulia kepada mereka..kesibukanku di universiti ku,moga ada nilainya di sisi Allah.Aku merancang untuk 'mengislamisasikan kondusif masyarakat'-pencetus idea ini,adalah ayahku sendiri.tapi,aku rasa,aku yang kena buat kertas kerja pula.siapa nak laksanakan ya?bajet nak cari mana?Perangkaan peratusan penyertaan?Allahuakbar!!bertambah rasanya tanggungjwab aku ni...macamna dengan tanggungjawab sebagai ................................................. di KUIN?pelajaran?,lebih baik tak payah sebut,benarlah 'tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa'. wallahua'lam.

~PANDANGAN ALLAH LEBIH UTAMA DARIPADA PANDANGAN MANUSIA~