~Dengan Nama Allah yang MAha PEngasih Lagi Maha penyayang~
Di hening malam ini,kembali merenung hakikat kehidupan manusia,,
Di setiap pertemuan,akhirnya tetap jua perpisahan...
Kita sebagai manusia hanya pinjaman,yang fana....akan kembali kepadaNYA..
sejauhmana kita mengingatiNYA,sejauhmana kita buktikan cinta kita kepadaNYA???
Hari ini,15hb bulan 3 ini,telah perginya teman seperjuanganku~bersama di dalam satu perjuangan memartabatkan islam,masih terbayang-bayang wajahnya,senyumannya,tawanya,tangisannya,telatahnya yang lucu,kemarahannya yang agak menggelikan bagiku,,,mesti dia akan marah semula(aish,,kak ni...)sungguh syahdu tika itu,mekarnya ukhuwwah di taman dakwah...rindu yang tersimpan di kamus minda...=(
Di saat itu,tika mengetahui arwah telah pergi menemuiNYA,setelah dalam 3 hari diri bertandang di hospital memberi kata2 semangat n kalimah2 suci kepadanya walau dia dalam koma..aku seru namanya di telinganya,aku yakin dia akan bangun dan katakan 'ya,kak..'tapi,ternyata itu hanya suatu impian yang ternyata telah ditakdirkan tiada peluang buatku kembali melihat senyuman manisnya untukku...Ya allah...,kuatkan hatiku.."..
Aku terkaku di situ,bagaikan tak mampu bertahan kaki ini berpijak di bumi Allah,sungguh siapalah aku untuk merindui makhlukNYA yang semuanya pinjaman...ku menyepi di suatu sudut,bagaikan bungkam untuk merumus apa yang terjadi...hingga mataku tak mampu mengalirkan air mata,hanya bergenang di pinggiran hati ini,tiada siapa yang tahu,,,Hanya Cintaku,YA Allah...sungguh,bukan aku ingin menyalahkan takdir,kerana,aku menerima ketentuanNYA..Adakah aku egois hingga tak mampu mengalirkan air mata di pinggiran mata zhohiri ini??keraskah hati ini??~aku cuba bertahan daripada menangis di hadapan ramai manusia...di hadapan keluarganya,,kerana aku ingin cekalkan hatiku di hadapan semua manusia tika itu sedang menangis dengan sayunya..ku cuba tenangkan hati mereka supaya tabah dan ikhlas dengan pemergiaanya,tapi,hakikatnya,hatiku sendiri bagaikan dihiris-hiris,teringat tika itu;belajarlah untuk ikhlas walau perit'....namun ku percaya,walaupun dia telah bertemu tuhannya di daerah yang abadi,insyaallah,kelak,kami akan bertemu kembali...berpimpin tangan menuju syurgaNYA...insyaallah,allahyarhamah naqiah,moga kita bertemu lagi di syurgawi...mga rohmu ditempatkan bersama hamba2 yang dicintaiNYA..aku menyayangimu kerana Allah,sahabatku,~selamat kembali kepada Al-KHALIQ~~
Hati ini menangis tika senyuman terukir,tika diri bergerak,entahlah...aku sendiri tidak faham seperti apa diri ini...mungkin benar kata sahabat2 ku,aku ni pelik..pelikkah aku??~wallahua'lam..
mungkin benar,kerana cara sudut pandang hidupku berbeza sedikit dengan mereka...
salahkah jika berbeza??terkadang,sedih bila ada sahabat yang tidak memahami,namun,ku beritahu pada hati,usahlah dilayan bisikan syaitan mengkucar kacirkan hati ini...biarlah bagaimana pandangan manusia,kerana selagi mana aku yakin akan pandangan Allah dan rasulNYA lebih utama serta masih berlandaskan syariat malah selaras hadaf perjuangan islam,akan ku gagahkan kaki ini melangkah....kata2 kalimatNYA yang sering ku pahatkan di ingatan;(( FAIZA 'AZAMTA,FATAWAKKAL 'ALALLAH))
Ada suatu hari,aku berteman dengan 2 sahabat baikku,ringkaskan M dan H...
Bila aku tanyakan,bila dalam perang,posisi manakah yang kita hendak berada??
subhanallah!!!
H memilih menjadi barisan yang memegang panji2 islam di hadapan.kerana katanya,ingin menjadi barisan hadapan,yang memacakkan panji islam di kubu musuh sebagai tempat bertapaknya islam,jiwanya inginkan suatu penghijrahan,keberanian terkedepan...
M memilih untuk menjadi barisan perawat @ tukang masak untuk pejuang2...kerana katanya,jiwanya yang lembut,ingin berbakti dengan ilmu PBSM nya..dengan sifat penyayangnya...peniup semangat juang...
Aku??aku memilih untuk menjadi pejuang yang menghunuskan senjata di barisan hadapan memerangi musuh,dan melindungi barisan panji islam dan perawat @ tukang masak pejuang....
seperti srikandi al-khawlah al azwar,dan perwatakan seperti sultan Al-fateh...insyaallah...
jika dibandingkan mereka,corak pemikiran mereka tentang posisi amat mengkagumkan aku,mantop sungguh...
'pengatur strategi perang',sapa pulak nak jadi??erm,susah ni...kita kekurangan pemikiran yang luas dan kefahaman yang matang...ilmu berkaitan ini perlu dikaji dan didalami oleh aktivis2 islam kita~kaji strategi musuh2 islam...susah kannn??,MEMANG PUNNNN!!!
mereka berkata padaku,aku akan terkorban dulu jika banyak sangat melindungi...
jawapanku buatmu sahabatku,biarkan aku yang yang menjemput syahid,jika panji2 itu jatuh di tangan musuh @ jatuh,maka semngat jihad akan lumpuh,jika perawat @ tukang masak tercedera,maka bagiamna sahabat2 pejuang yang lain yang tercedera??~~namun,kata2 itu ku pendamkan saja...
hidup ini terlalu kompleks bagi yang mengenal erti perjuangan,susah untuk istiqamah dalam jihad,apatah lagi terus menerus dihentam badai mehnah dan tribulasi...
aku jua punya hati ,moga mata hatiku masih mampu menilai kebaikan di dalam setiap orang berbanding kekurangan yang dirinya miliki...susah untuk ikhlas,redha dan sabar...
moga kecintaan kita kepada Allah melebihi segala2nya..
dan kecintaan kita kepada rasulullah s.a.w tetap kita utamakan kerana ia syarat melengkapkan cinta kepada Allah...
moga secebis kisah ini daripada sahabat diri dapat difahami dan diambil apa yang baik,dan ditolak tepi apa yang yang kurang baik...HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID!ALLAHUAKBAR!!!
insyaAllah...setiap posisi mana yg kita duduk ada peranananya utk islam..cuma itulah..sapa nk jadi org yg merancang strategi ni..erm..
BalasPadambetul tu sahabat~kita perlu mendalami bagaimana pemikir-pemikir islam berhadapan dengan musuh2 islam samada drp segi corak halus mahupun secara tegar~kita sendiri kita kena lakukan anjakan paradigma utk melatih pemikiran kita ke arah 'critical thinking'~political magnitud>>susah kan,tpi,x mustahil..ana pn sedang berusaha ke arah itu..insyaallah
BalasPadam