Isnin, 14 Disember 2009
Diari redup
Sepanjang cuti sem ni,pelbagai pengalaman hidup yang daku lalui,bagaikan sukar dipercayai bahawa daku ini mampu menjengah samudera dunia yang aneh dan misteri.Mungkin kerana pergerakanku terbatas atas faktor keselamatan dan kawalan daripada keluarga yang amat menyayangiku.Teringin sekali daku terbang ke udara merentasi dunia ciptaanNYA yang luas ini untuk menimba ilmu dan melihat metafora dunia.Namun,daku kembali mentafakur diri'ikhlaslah wahai hati,sedarkah kau bahawa keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan orang tuamu,bersabarlah..duhai diri,ada hikmahNYA yang kau tak ketahui,sesungguhnya hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI''.Fikiranku kembali memproses intipati ilmu dan kata-kata yang dipelajari.Kini,daku berdiri di sini,di bumi barakah yang amat ku cintai''AL-JAMIATUL INSANIAH''ana uhibbuk jiddan,wa syukran jazilan ya mu'allimin wa mu'allimat,wa asdiqoie..daku bersyukur atas rasa mahabbah yang dipsakkan atas CINTA KEPADA ALLAH..Daku tanamkan azam untuk menggali khazanah ilmu dalam derap-derap zikir kepada PEMILIK JIWA & CINTA..Terharunya hati ini sering mendapat tazkirah daripada sahabat-sahabat seperjuangan agar terdidiknya syakhsiah muslim sejati..Cinta itu bahagia dalam memberi walau derita mencengkam dan rela berkorban segala-galanya..hai hati,letakkan cinta itu yang terutama kepada ALLAH,RASULULLAH dan AGAMANYA..peliharalah maqam cinta itu sebaik-baiknya,jangan biar ia ternoda dek dosa nafsu,jika itu terhasil...maka layaklah daku meraih cinta insani bergelar manusia atas hamparan zikrullah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan