munajat cinta rabbi

munajat cinta rabbi

Selasa, 22 Disember 2009

NOTA DIRI..

Saban waktu kita kian menginjak dewasa,umur pun makin tua,perjalanan hidup ada suka duka yang menjadi perisa santapan perjuangan insani.Bila terkenang semula rentetan hidup yang dilalui,betapa syukur dan terharunya diri atas Kasih SayangNYA buat hambaNYA.Kita mengaku beriman dan bertaqwa,melaung-laungkan kebenaran tentangNYA,rasulNYA dan agamaNYA'..Namun,realitinya..kita mudah tersungkur bila berdepan cabaran hidup.amal tak semudah lisan yang tak bertulang,amal dan lisan kurang berkesan jika tanpa melalui penghayatan hati.Persoalan berkaitan aqidah,syariat,dan sebagainya sering cuba dieksploitasikan oleh musuh-musuh islam.Jika kita ketandusan hujah dan amal mahupun syakhsiah kita tak mencirikan ajaran islam,tanyalah pada hati yang gersang(sombongkah aku merasa cukup dengan ilmuku kini?),tanya diri..(layakkah aku hidup di dunia ini sedangkan hakikat penciptaanku untuk beribadah kepadaNYA?)..melalui suluhan tulus ke dalam makrifat insani tanpa topeng kepura-puraan,maka di situ kan ditemui jawapan 'siapakah aku sebenarnya?'.Krisis identiti yang menjadi permasalahan yang amat kritikal bagi umat islam khususnya,remaja islam yang kian tempang dari pelbagai sudut.Dengan perkembangan arus teknologi moden yang mengalpakan manusia,sikap pentingkan diri membarah,akhirnya kian terhakisnya ukhwah islamiyyah.Kelaziman daku menyebarkan salam kepada kaum muslimatku tanpa mengira bangsa,negara dan budaya.Terasa biah solehah itu mulai bertapak di mana-mana.Namun,ternyata tak semua yang kita lakukan mendapat respon positif daripada umat kita sendiri,UMAT ISLAM!ada yang terpinga-pinga kehairanan,mungkin fikirnya(eh,aku kenal ke dia ni??pelik betul),ada yang buat tak tau apa-apa,ada yang menyambut salamku dengan tersenyum,dan macam-macam ragam.Bila ada yang bertanya padaku..(enti kenal ka dia tu?)..masa tu,bermulalah perbahasan daku dan sahabat-sahabatku..pelbagai hujah dikeluarkan,dan akhirnya kami tersenyum seikhlasnya.SUBHANALLAH!!indahnya ukhwah yang dibina kerana CINTA KEPADAMU dan bersama dalam satu perjuangan KERANAMU!!ALLAHUAKBAR!!Kita dapat mentazkirah serta mengislahkan diri kita menjadi seperti pejuang islam yang sejati..INSYAALLAH!!sapa kata kita tak boleh..kita ada ALLAH MAHA KUASA,kita punya kuasa tenaga,doa sebagai senjata..UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan