Kesibukanku dengan kuliah yang padat dan penglibatanku dalam aktiviti -aktiviti perwakilan pelajar amat menguji pengaturan hidupku sebagai khalifah allah di muka bumi ini.Namun,ku tetap memutuskan untuk tetap mengambil lesen motor dan kereta.walau tak pernah bawa dan tak pernah kata belajar lagi..seperti hari ini,daku pergi belajar memandu kereta.Daku gagahkan juga diri dan hati pergi walau masih tidak sihat.lantaran kesibukan yang membuatkanku kurang memberi perhatian pada kesihatan diri.Terasa lantai tinggi rendah...Ini kali pertama belajar kereta dan kali pertama pegang stereng kereta yang bergerak.Suhhanallah!!kereta ini bergerak dan aku yang memandunya dengan izin ALLAH..Terima kasih,Ya Allah,kerana memberiku kesempatan dalam hidup yang singkat ini,dapat mempelajari secebis ilmu yang ENGKAU turunkan ke dunia ini..''Kegembiraanku tak berpanjangan..,..(aku pernah dimarah,dicaci dan di oleh orang yang aku cuba mengajak amar makruf nahi mungkar dan menjadi pendengar kepada sahabat-sahabatku yang marah dekat orang lain,tapi,sekali aku yang kena)..
Ya ALLAH,betapa malunya diri ini apbila dimarah dan dikata sebegitu rupa oleh cikgu yang mengajarku.Suaranya yang lantang dan kuat kedengaran amat menyedihkan hati ini.Kiranya,hampir kesemua orang di situ memandangku,daku tak tahu samada pandangan simpati,marah atau sebagainya.Daku berkata pada diri''Insyaallah,aku akan tetap bersabar walau macamna pun selagi tak melanggar ajaran islam.Dia guruku..lagipun,mungkin ini salahku yang masih belajar.''Daku cuba tetap kuatkan hati ini supaya tetap husnuz zhon dengan cikguku dan orang-orang di situ walau pedihnya hati menahan rasa di kalbu ini.''aku...tidak akan menangis!!!tidak!!tangisku untukMU,Ya Allah...kuatkan diri ini...teguhkan jiwaku menngharungi setiap detik tetap mengingatiMU''.Daku percaya ini salahku juga,tak pandai lagi bawa kereta.Apa yang ku tahu,salahkan diri saja ya,zikra''..Namun,daku yakin ada hikmahnya di setiap perkara yang berlaku..Masa terus berlalu,akhirnya daku mengambil keputusan tamatkan pembelajaran hari ini.Bukan kerana cikgu itu kerap memarahiku,tapi,daku sudah tak mampu meneruskannya kerana pandanganku kian terasa kelam ditambah kesakitan di kepala yang hanya TUHAN YANG TAHU''.Akhirnya,air mata ini tetap gugur walau puas ku tahan dari mengalir...ku tak mampu lari dari fitrah an-nisa' yang bertemankan air mata.Tapi,ini bukan air mata kesedihan,tapi air mata pengakuan bahawa daku amat bersyukur Allah berikan ujian hati dan diri ini untuk mengujiku samada mampu menjadi mata-mata rantai pejuang islam kelak.walau bagi orang lain mungkin terasa kecil,tapi bagiku,besar hikmahnya yang aku dapati di dalamnya.Ku katakan pada diri..''Takkan baru sedikit ini,dimalukan,dicaci dan dimarahi oleh semua,aku mahu terus berhenti??Ya Allah,terima kasih atas pentarbiahan yang ENGKAU aturkan buatku..aku akan cuba mengikhlaskan hati menerimanya walau perit terpaksa ku telan.Inilah realitinya yang pertama kali aku rasakan dibuat sebegitu rupa di khalayak ramai yang ternyata amt ramai.dimana aku tekebil-kebil sendirian dan menjadi tontonan umat...rasanya,memang begitulah dan lebih dasyat lagi yang pernah dialami Rasulullah s.a.w yang pernah dibaling batu hingga diri Baginda dipenuhi darah hingga bila Baginda berjalan,terdengar bunyi kocakan darah dalam kasut Baginda.Ya rasulullah,aku akan cuba mencontohimu walau aku bukan semuliamu,ya habiballah..Seperti para sahabat yang berani berjuang dan tetap bersabar dalam bermujahadah.sungguh mulianya peribadi Rasulullah dan para sahabat...''Ya Allah,ampunilah dosa-dosa guruku itu dan bukakanlah pintu hidayah dan taufiqMu kepadanya...moga rahmatMu tetap bersamanya juga..'
-''YA RABBI,sudilah pandang kami,terangilah jalan hidup ini,ampunilah kami denagn RahmatMU yang meluas,teguhkanlah iman kami dan pasakkan utuh taqwa kami kepadaMU''t
*inna solati wa nusuki wa mahyayati lillahi rabbil 'alamin...*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan