munajat cinta rabbi

munajat cinta rabbi

Sabtu, 31 Julai 2010

Seminggu dalam Minggu Penghayatan Islam & Pesta Buku


Bismillahirrahmanirrahim......
Dengan rendah hatinya aku melalui detik-detik seminggu dengan program yang cukup mentarbiyyah diri dan hati ini dengan segala mehnah dan tribulasi.Sukar untukku mengertikan 'manusia'.Ya,benar..manusia itu sikapnya subjektif dan unik.Mempunyai aqal yang dikurniakan Allah s.w.t hendaklah dilandaskan dengan wahyuNYA iaitu Al-Quran dengan perantaraan Rasulullah s.a.w.
Seminggu,bahkan sebulan sebelum itu,hati ini gentar memikirkan sejauhmanakah aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku mampu memberikan walau mengajak saudara-sauadara seislam yang lain menghayati makna penghayatan islam sebenar dan menyuburkan budaya membaca,budaya islam.
''Sampaikanlah padaku walau satu''
Aku bersyukur ''Alhamdulillah'...walaupun program itu telah habis,tapi,bagiku..akan ku teruskan penghayatan islam ke dalam diri ini dan sahabat-sahabat seislam yang lain...
Kalimah yang sering ku ungkapkan buatku istiqamah adalah.>(Berjuang memang pahit,kerana Syurga itu manis,bukan sedikit mahar yang perku dibayar,bukan sedikit pedih yang ditagih,,,kerana denganMU,YA ALLAH,akan ku redah segala-galanya)<

sampaikan rasa cinta ini untukMU dan RasulMU...moga inayahMU dan Syafaat RasulMU untuk kami semua,hamba-hambaMU yang berdosa ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan