Subhanallah~bagaimana harus ku suarakan rasa hatiku yang sebenar?mungkin ramai sahabt-sahabatku fikir aku begini,begini dan begitu...terpulanglah bagi mereka menilai aku seperti apa pun,kerana aku hanya hambaNYA yang hina.Aku ingin menjadi seorang yang kuat,tegar dalam mendepani apa pun cabaran dalam medan jihad seperti Srikandi khawlah al-azwar,menghunus pedang bak pahlawan sejati.Bagiku,aku ingin berada di barisan pertama dalam peperangan,yang mendepani musuh-musuh islam...Tapi,adakah kerana aku muslimah,aku dikhususkan untuk berada di barisan yang merawat pejuang-pejuang,ya...harusnya muslimah itu sifatnya lemah lembut dan memiliki ciri-ciri muslimah yang ku kira sempurna.Tapi,aku??aku ingin menjadi antara orang yang gugur syahid di medan itu dan memegang senjata dengan perisai besi dan pakaian yang berselumbung penuh,melindungi identiti sebenar diriku..dengan tangan ini!!,dengan hati ini!!,dengan semangat ini !!kerana Allah!!!,,mungkinkah aku menjadi seperti itu?
***********************************************************************************
Ramai yang mengatakan padaku 'tidak adakah rasa hati ini kepada insan bergelar 'adam'?wallahua'lam.apa yang mampu ku katakan;wallahua'lam.aku sendiri tidak tahu.aku takut untuk merasainya,kerana aku takut akan DIA YANG MAHA ESA!!aku takut aku terjerumus dalam fananya cinta palsu itu.Lalu,aku mengenepikan perasaan itu..jika rasa itu hadir,akan ku tepis ia jauh-jauh,dan menyibukkan diri ini dengan pelbagai wadah perjuangan islam,kerana ALLAH.
Masa zaman persekolahan hingga kini,aku turut diuji dengan 'cinta',cinta monyet ke buaya dan entah apa2 barangkali..bila difikirkan,bagaimana pemikiran aku dulu dan kini ya??betul,duniaku adalah keluarga,perjuangan,sahabat-sahabat muslimah,guru-guru dan medan ilmuku.walaupun sekolah campur muslimin dan muslimat,tiada istilah 'cinta' itu dalam diari hidupku.biarlah aku dianggap sombong,berlagak,dsbgainya oleh mereka yang bergelar muslimin.aku adlah hambaNYA,diri ini pun bukan milik kita sendiri,ini kan pula mendamba cinta hambaNYA yang lain.Alhamdulillah,segala huluran perkenalan yang ku kira bukan berlandaskan syariat islam,ku menolak dengan cara yang baik.moga hati dan diri ini istiqamah dalam menjadikan 'ISLAM IS THE WAY OF LIFE'..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Hati ini sayu melihat sahabat-sahabat muslimat kini,yang mudahnya meletakkan cinta palsu itu dan menyerahkan segala-galanya kepada si dia yang belum sah aqadnya.Malahan yang faham konsep berjuang dan islam ada yang terjerumus.Aku bukanlah penghukum,bahkan bukanlah seorang yang sempurna..kerana aku tahu..kita semua manusia...setinggi apa pun jawatan atau tahap pendidikan kita,kita semua manusia biasa dan Allah yang memegang hati-hati kita ini.Berdoalah kepadaNYA dan mohonlah ampunan daripadaNYA..
Ini salahku jua,aku yang lalai menyebarkan dakwah islam yang mulia kepada mereka..kesibukanku di universiti ku,moga ada nilainya di sisi Allah.Aku merancang untuk 'mengislamisasikan kondusif masyarakat'-pencetus idea ini,adalah ayahku sendiri.tapi,aku rasa,aku yang kena buat kertas kerja pula.siapa nak laksanakan ya?bajet nak cari mana?Perangkaan peratusan penyertaan?Allahuakbar!!bertambah rasanya tanggungjwab aku ni...macamna dengan tanggungjawab sebagai ................................................. di KUIN?pelajaran?,lebih baik tak payah sebut,benarlah 'tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa'. wallahua'lam.
~PANDANGAN ALLAH LEBIH UTAMA DARIPADA PANDANGAN MANUSIA~
institusi kekeluargaan yang runtuh antara penyumbang besar kepada pelbagai masalah gejala sosial kini..wahai ibu bapa sekalian,didiklah anak-anak yang masih seperti kain yangputih itu dengan syariat islam...anak-anak adalah anugerah Allah~
BalasPadamya banyak brsabar yaa dalam berprogram, 'politik kampus' mmg kdgkala 'bergaduh' kdgkala bertelingkah, semuanya mematangkan...:-)
BalasPadaminsyaallah,syukran jazilan,ya sahabat.
BalasPadamharap sahabat jua begitu..segal-gala yang berlaku adlah tarbiyyah driNYA.moga kita semua tsabat/istiqamah dlm perjuangan islam walau dihadap dengan mehnah dan tribulasi.ALLAHUAKBAR!!