munajat cinta rabbi

munajat cinta rabbi

Khamis, 23 Disember 2010



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....ALLAHUAKBAR!!!!
Selawat buat Junjungan mulia Rasulullah s.a.w,kekasihNYA yang ku rindui....
MUHAMMADU AR RASULULLAH.....

Tanggal 20 hb disember,detik yang ditentukanNYA bagi diri ini makin mendekati suatu medan tarbiyyah yang dijalin bukan hanya sekadar kata-kata semngat di lapangan jihad,tapi,ia merupakan salah satu medan latihan realiti yang perlu jiwa ini merentasinya walau hati masih tidak mampu sentiasa berbaik sangka pada kebolehan diri yang terasa kerdil bersama sahabat-sahabat dan masyarakat...bukan mudah untuk mencapai mardhatillah kerana 'conception' yang diberikan bagi menterjemahkan ia agak susah bagi hati dan diri yang masih bertatih di pinggiran dakian 'hadaf'...

Destinasi itu amat panjang hingga pertemuan dengan keluargaku di Bandar Baharu,...
first time mempunyai keluarga angkat~ku kira 2 buah keluarga angkat yang melayaniku dan kak Z dengan baik bagaikan keluarga sebenar...timbul rasa 'kekok' untuk berhadapan dengan keluarga angkat yang baik dan setiap masyarakat di situ yang ku kira menantikan 'pembaharuan' dalam memahami islam sebenar...

Kemesraan antara kami terjalin atas ikatan kekuatan aqidah dan atas nama perjuangan walau terasa berat untukku labelkan diri ini sebgai 'pejuang'...semudah menyebut dengan lisan dan pena,tapi,amat sukar melaksanakan secara istiqamah...dan kekuatan iman dan taqwa yang 'mantop' amat ditagih dalam merealisasikan 'islamic's way in our life'-konsep pendekatan dakwah yang berterusan.....

Alhamdulillah,terima kasih jua buat emakku,abahku,tokku,abangku,adik-adikku seramai 6 orang di alor star,,,percayalah,,hati dan diri ini amat menyayangi kalian dan merindui kalian tika dekat mahupun berjauhan kerana ALLAH!!!buat ummi sekeluarga dan pak ali sekeluarga,terima kasih menerima kehadiran kami dalam lembaran hidup kalian,walau terasa amat sukar untuk diri ini berbicara ramah seperti kak Z,tapi,percayalah,kalian akan selalu di ingatanku ini...kenangan terindah di B.baharu takkan ku lupakan sepanjang usiaku,insyaallah.....
Buat teman-teman seperjuangan dan seaqidah keseluruhan,inginku simpulkan di sini-"amat mudah berbicara tentang perjuangan dan kesatuan fikrah dalam pelbagai aspek kehidupan,namun,bukan semudah kata dan seindah tindakan untuk zahirkan dengan tindakan yang ikhlas keranaNYA,maka KEFAHAMAN dan KEBERGANTUNGAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH TERAMAT PENTING sebagai elemen asas TERPENTING sebagai HAMBA ALLAH yang ditaklifkan PEJUANG AGAMA ALLAH!!!

berSANGKA BAIK kepada ALLAH dengan belajar untuk redha dengan ketentuan allah setelah kita berusaha sungguh-sungguh.....'man jadda wa jada'-

syukran jazilan for UKHTI Z>>>>atas segala nasihat dan kata-kata yang menjadi topik hangat kita bersama..thanks 4 understanding~really appreciate it....mga ukhti Z dapat terus istiqamah dalam medan jihad ini...insyaallah~~

~~kasih sayang itu bukan dinilai dengan mata kasar mahupun material semata-mata,tapi,kasih sayang sejati itu yang mengingati dan saling mendoakan dalam kebahagiaan iman di dunia dan di akhirat,,kasih sayng itu bukan hanya terungkap dengan butir-butir bicara indah semata,tapi,turut disertai dengan tindakan mahupun secara tersingkap mahupun tersurat'~~

SUBHANALLAH~~kami pulang ke alor star lebih awal atas pertindihan komitmen program>misi dalam mendidik adik-adik di kawasan perumahanku...'usrah menjana generasi bertaqwa'

#moga dengan sekelumit keringat yang sedikit ini ditimbang berat nilaiannya di sisi ALLAH S.W.T...bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba yang berpegang teguh dengan agamaNYA,namun akan ku cuba walau sering tersungkur,dan terus mencuba mencuba hingga nilaian cinta illahi melengkapkan pencarian hidup ini hingga akhir nafasku...insyaallah....

Dan saat pertemuanku denganNYA...pertemuan sang pencinta dengan yang dicintai,,moga diredhai yang dicintai kepada sang pencinta ini...walau cintaku ini ku kira masih belum lengkap pendakiannya,,,masih mencari kepingan kemilau cahaya cinta yang masih belum terlengkap di persada hati ini,lantas melestarikan dengan amal yang sempurna kerana NYA>>>yang ku cintai walau aku bukan sang pencinta yang sempurna tahap CINTA AGUNG yang ku damba...

SUBHANALLAH~~~~merindukan sinar cahaya tangisan dalam zhauq mahabbah kepadaNYA>>>>=(

*****JOM RAIH CINTA ALLAH***SEMAI CINTA RASULULLAH***

wallahua'lam...

Jumaat, 26 November 2010

Tarbiyyah Allah mengajar aku erti perjuangan~



Subhanallah...Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Selawat buat Junjungan mulia Rasulullah s.a.w....

Detik yang begitu bermakna bagiku....seorang hamba allah yang berlumur dengan dosa-dosa yang tak terhitung.....sekerdil-kerdil diri di hadapanNYA...hanya rahmat kasih sayangNYA yang dapat menaungiku jika DIA mengkhendaki...astaghfirullahal 'azim.......

Ingin dirungkaikan sebuah kisah yang dapat ku rasai di sebalik kem yang ku sertai baru-baru ini....
terasa indah tarbiyyah Allah buat kita hamba-hambaNYA,samada kita sedar atau tidak,itulah jalan yang terbaik DIA tetapkan untuk kita untuk bermujahadah dalam dakian makrifat cintaNYA....

Pada hari pertama dalam sesi latihan sebelum menjadi fasilitator dalam kem itu,terasa di hati~apakah aku ikhlas untuk ke situ??ada jua perasaan malas bergiat aktif ni,dan aku akui,aku bukanlah insan yang mencpai tahap 'mukhlisin' 100%....hati ini mudah kotor dengan dosa,namun,aku kan gilap ia kembali walau proses itu harus berulang-ulang...bagiku,aku akan terus bertaubat dan tidak akan berputus asa dengan rahmat allah yang maha pengasih lagi maha penyayang lagi maha pengampun...,

sedang terfikir-fikir,kembali terakam di hati akan isi sebuah kata-kata ulamak sufi yang mengatakan;jika nafsu mahu melakukan sesuatu yang bertentangan,maka lakukan apa yang bertentangan dengan nafsu itu dengan hati seorang muttaqiin..ke arah kebaikan...'~teringat kembali suatu ayat surah as-soff~''mengapa kamu tidak lakukan seperti apa yang kamu katakan??''itu daripada mafhum yang hati ini faham dengan rungkaian minda yang cetek ini...bahawa...aku berkata akan dakwah~tarbiyyah.tadhiyyah.perjuangan jihad,tazkiyyah,tsabat dan sebaginya,,,,,

adakah aku mahu berpaling daripada apa yang aku tegaskan dengan kata-kata??astaghfirullahal'azim....

perbetulkan niat semula ya sahabt2ku bernama 'al-qalb' dan 'translate' ke minda serta 'transform' dalam bntuk perbuatan diri.....Ayuh~~subhanallah....suatu trilog kembara musafir cinta......~~~


Perjalanan yang panjang ku kira~ke daerah yang kurang ku ketahui dan sekolah yang tak pernah ku jejaki..hanya pernah memasang niat ingin mengetahui tentang sekolah itu...~alhamdulillah,sampai di sini...sekolah yang digelar yayasan ______(wallahua'lam)..

Terasa sebak pada kali pertama kaki ini jejak di bumi itu...aroma budaya ilmu semerbak mewangi dalam teduhan rahmat illahi...subhanallah...sesi taaruf dan taklimat antara urusetia dan fasilitator bermula...bertemu pihak sekolah itu yang ramah-tamah....alhamdulillah...terima kasih ya saudara2 ku seislam di sini dan di mana2 jua...aku bersyukur diberi kesempatan untuk menyumbang tenaga dan ilmu kurniaan allah kepadaku yang x seberapa ini...

Hari bertemu adik-adikku seislam...generasi pewaris masa hadapan..tak mampu terungkap di hatiku,netapa aku gembira bertemu kalian...tersenyum aku teringatkan adik2 kandungku di rumah....erm,rindunya pada mereka ya...'Ya Allah,sampaikan salam rinduku ini kepada ibu bapaku,datuk nenekku dan adik beradikku jua sahabat2ku,guru2 ku dan seluruh umat islam di dunia ini,jadikanlah kecintaanku ini kerana mencintaiMU''......

Bermula jua di sini...aku bersama 7 adik2 fasi ku...subhanallah,susah jugk hendak meraih 'target information' mereka ya??apa aku perlu buat???planning????

'Diilhamkan kepada diri akan kejahatan dan juga ketaqwaan'-surah as-syams...

bersangka baik kepada mereka tapi,terus mencungkil siapa mereka sebenar~~research target'~very difficult,.but there's more benefit to improve myself and themselves~~all of us~~

Adik-adikku yang ku sayangi kerana Allah,dan sahabat-sahabat seperjuangan kerana Allah,serta umat islam seluruhnya~~

'tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya apa yang dikasihi bagi dirinya sendiri'-hadis sahih...mafhum yang difahamiku tika waktu ini~kita,kebnyakan mnusia akan mencintai sepenuhnya sesuatu perkara dan minta dibalas,sedangkan hakikat cinta dan sayang yang suci adalah menyayangi saudara2 seislam nya kerana Allah dengan landasan islam yang syumuliyyah..berlaku adil tika bertegas dengan musuh allah,dan berlemah lembut serta bertolak ansur sesama islam dengan jalan yang diredhoiNYA....men'zohirkan rasa kasih atas sebuah cinta kepada Allah....subhanallah,indahnya islam...

setelah selesai seharian bersama2 adik2,aku sering bermuhasabah sambil berjalan2 dengan sahabt2ku yang berlainan IPT denganku~melihat perspektif pemikiran mereka dan merungkai falsafah hidup dengan mengaitkan Allah dalam perjalanan hidup manusia di dunia ini...
'kak,bila ana renung2 kan rentetan hidup ana dari dulu hingga sekarang,ana syukur sangat2 dan rasa tak layak bersama sahabat2 kat sini yang lebihnya ilmu daripada ana ni..mampu kah ana bagi sumbangan kepada adik2 ini??dulu,makin ana cuba mengelak dari jalan tarbiyyah allah ini,mkin Allah membimbing ana kembali,,,ana sering lalai ingt kan DIA,tapi,sungguh DIA YANG AGUNG,tak pernah lalai membiarkan ana dalam hidup ini??jahatkan ana,kak??--persoalan yang ku kira amat payah inin ku hadam dalam bicara....

'adik,betul tu...kita semua ini,sama di sisi Allah,hnya bezanya,iman dan taqwa kita...jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah,hargailah nikmat2 tarbiyyah yang allah campakkan pada kita ni,jangan pernah berhenti mencari cintaNYA,inilah ujian yang kita mesti kita hadapi dalam hidup ini,tambahan kita adalah da'ie Allah,allah uji kita dengan wasilah ini untuk tarik kita serahkan seluruh pergantungan kita kepada allah sepenuhnya'...'

'Ana faham,kak...tapi,susah betul nak bagi hati kita ni bersih daripada maksiat,susah jugak nak selaraskan apa yang di niatkan ke arah kebaikan untuk dilaksanakan dengan tindakan dalam diri...ana terasa,jika ana tak mampu mengalirkan air mata ketika solat kepadaNYA,berkata2 denganNYA dalam zikir,ana amat terasa ingin selalu menangis,,,sebab ada nikmat tangisan di situ...kak,egois kah ana??sombongkah ana ni??ana susah menangis kerana manusia semata2,kerana bagi ana,jika dikaitkan dengan allah,baru ana getar hati,,,ana akan kembali muhasabah diri ana..manusia akan kembali kepada penciptanya...iaitu Allah...'~susah mahu faham apa yang ana fikirkan ka,kak??

~erm,akak faham perasaan adik,mga adik terus dengan perjuangan ini ya...terus mencari,,,dan mencari...hingga destinasi yang haqiqat makrifatullah itu datang merungkai kasih'~~subhanallah,lebih kurang begitu apa yang ku faham daripada seorang ukhti ku yang baru 4-5 hari ku kenal...Aku terbaca sebuah hadis ni yang menarik perhatianku~~SUBHANALLAH!!!!

Hadis Rasulullah;
'Allah s.w.t berfirman;Aku menurut sangkaan hamba-KU kepadaKU,dan AKU akan tetap bersamanya selama mana ia berzikir kepadaKU.Jika dia berzikir(mengingatiKU)dalam dirinya maka AKU akan mengingatinya dalam diri-KU.Jika dia menyebut namaKU di dalam sebuah perhimpunan maka AKU mengingatinya dalam perhimpunan yang lebih baik daripada perhimpunannya'-riwayat Al-Bukhari....

Memang tak terlafaz kata hiba terungkap kepada adik2 dan teman seperjuanganku tika itu~~aku mencintai kalian kerana Allah~indahnya detik bersama kalian yang takkan ku lupakan sepanjang hayat...

Kenangan sayu bercampur keinsafan mengingatkan adik2 azab tinggalkan solat,masalah aurat,couple,msalah keluarga dan jati diri seorang muslimah...memperbetulkan gerak wuduk dan solat adik2...dan merungkai persoalan adik2 tentang permsalhn dlm wuduk,solat dan sebaginya...ditambah dengan waktu muhasabah dalam halaqoh adik2~ku nama kan special case,men 'gulingkan pemerintahan nafsu ke atas hati nurani' dengan pertabalan 'kerajaan hati pimpinan petunjuk illahi'~~struggle!!ya akhowat~~we are islamic flowers~Subhanallah!!!ALLAHUAKBAR!!!!............wonderful,alhamdulillah..

bila kita mahu berubah,adik-adikku sayang???adik2 kena kata macam ni kat kak tau...sekali dengan gaya~~biar style islamic concept,ok??masyi>>??
''insyaallah..insyaallah.pasti boleh..!!!MESTI BOLEH!!!!ALLAHUAKBAR!!!

lucu jugak melihat muka sahabat2 seperjuangan tak cukup tidur,tidur lewat ,bangun awal.da jadual hirasah lagi...kena ulang alik bilik fasi,bilik gerakan,dan bilik adik2...memang mujahadah rasanya~walau penat,tapi nikmat da di situ~~alhamdulillah

Terima kasih,sahabat2 seperjuanganku yang mengenali diri ini mahupun tidak mengenali diri ini~apa pun yang kita lakukan smada melalui gerakan apa-apa pun,pastikan matlamat @hadaf utamanya adlah TEGAKKAN ISLAM DALAM HATI,DIRI,MASYARAKAT DAN NEGARA!!
untuk membentuk generasi rabbani dan mengenal Tuhan dengan kejernihan aqal dan tulusnya ilmu,memerlukan 'kader2' @ pejuang islam yang sanggup menjadi apa yang islam gariskan~

teringat ayat ni;mafhumnya yang ana faham;mahukah aku tunjukkan perniagaan yang lebih baik kepadamu?berimanlah kepada Allah,berjuanglah di jalan Allah....''(terus memahami erti makna ayat2 quran dan hadis dalam penyerapan ke dalam kehidupan ini...
Pandangan Allah lebih utama daripada pandangan makhluk,tapi,jangan tidak dipedulikan pandangan makhluk kerana boleh jadi pandangan makhluk dapat meraih nikmat cinta dalam pandangan Allah buat kita sebgai makhlukNYA jua'~~

subhanallah,terasa coretan hati kecil dapat diungkapkan dengan berfalsafah dalam skop hidup~~epilog hamba yang menagih cintaNYA~~


Selasa, 2 November 2010


Dengan nama Allah yang maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Subhanallah~dalam masa fatrah exam ini,kembali menaakul pengamatan hati dan diri...
menilai setiap bicara dan lafaz dalam perbuatan manusia....

Manusia ini sifatnya pelbagai~~

Dahulu hingga kini,aku sering bertanya2 pada diri,,adakah persoalan aku tentang suatu perkara kurang di mengerti manusia lain??adakah aku orangnya pelik??atau manusia lain itu yang sebenarnya pelik??mungkin,memang da 'something wrong' dalam hati yang bersalut menifestasi dosa barangkali..kadang kala da sahabat2 ku yang ku kira memahami persoalan ku,tapi jawapan yang diberikan tidak mampu diterima oleh magnitus mindaku>>YA ALLAH~~
mereka katakan persoalan ku lontarkan,tidak mampu dijelaskan kerana falsafah cetusan mindaku tinggi??aduhai.......bagaimana harus dijelaskan,,,terasa hambar walau dihiasi gelak tawa,senyum,dan kefanaan~~tangisku menguntum dalam kesepian hati yang tidak terduga...
bukan dahgakan cinta manusiawi,,tapi,pemahaman dan penghayatan erti sebuah jiwa realitis seorang pemikir tasawwuf barangkali'~~

Jika dilihat pada mata kaca dunia,nikmat khayalan amat mengghairahkan dan mampu mendongengkan mentaliti manusia...namun,ku berfikir seketika,jika dunia melihat akan keindahan dan pesona maya.manusia melihat bagaimana???
haruskah merangkum manusia adalah sifatnya subjektif??mengalami perubahan dalam masa,keadaan,kondisi minda atau bagaimana???

Dapat ku ibaratkan seperti suatu otak manusia>>berjalur seperti dawai2 antara dawai saraf pemahaman erti hakikat @ pemahaman erti majazat>>berbeza...dan dikontrakan dengan penghayatan dalam pemikiran @ penghayatan dalam tindakan @ penghayatan dalam niat??di konsepkan berdasarkan molekul2 syakhsiah???

Semakin merenung kesimpulan di sebalik persoalan...jika dawai2 ini bersambung di jalur yg salah @ bersimpul tanpa organ dasar yang membataskan iaitu minda berpandukan wahyu...kemungkinan akan melihat terhasilnya,suatu letupan daya minda @ kesimpulan hidup yang terpesong daripada firah insani yang bertuhankan ALLAH...

Alhamdulillah,bersyukur teramat sangat,,,aturan Allah cukup cantik jika diamati benar2...Untuk menjadi seorang pemikir islam yang dibimbing dengan Al-quran dan sunnah,wajib memahami pensyariatan dan asas2 dalam dinul islam itu sendiri...

berdasarkan dalil Al-quran:mafhumnya:
'serulah (manusia)kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNYA dan Dia lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk'-surah an-nahl,ayat 125

kembali merenung ayat 5-6,surah Al-fatir:mafhumnya---
'hai manusia,sesungguhnya janji allah adalah benar,maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memeprdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu,memperdayakan kamu tentang Allah(5)sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu,maka anggaplah ia musuhmu,kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'

JANJI ALLAH PASTI DATANG~samada segera atau lambat itulah apa yang memang telah ditentukan Allah,,tetapi,selagi kita masih punya hati nurani yang cenderung kearah kebaikan dan menhalang kemungkaran,kita mampu untuk merealisasikan janji Allah itu dan menjadi tentera Allah yang berjuang di jalanNYA>>>

Usah dihirau samada kita beranggapan>kita masih bertatih mengenal dan memahami dunia ini...dunia tidak mampu dikenal dan difahami jika manusia itu tidak terjun mengkaji dan menarik pencintanya bernaung di pulau iman berlangitkan hidayah ALLAH~menyelamatkan sampan manusia yang makin karam dengan noda2 kebejatan akhlak,ketandusan fikrah daripada terkjapai-kapai dengan arus...selamatkan dunia dengan sinar iman dan taqwa!!!!!!!

bak kata falsafah~rekaan semata2>>sedangkan pantai yang setia menghadap laut berubah,inikan manusia yang berhadapan dengan geloranya lautan nikmat yang fana yang alpa di dataran manusia yang kian hanyut~~insyaallah,tetap yakin masih ada tentera-tentera islam persis tentera salahuddin al-ayyubi dan sultan al-fateh yang mengatur strategi sepertimana melayarkan kapal lautan di dataran....insyaallah~~wallahua'lam

Jumaat, 22 Oktober 2010


Bismillahirrahmanirrahim....

Kelmarin baru berakhir suatu program 'Devotion night' di Insaniah,,,

Pada waktu malam jumaat,pengisian hati oleh penceramah jemputan amat memotivasikan diri ini dan sahabat2..sungguh bersemangat tika itu,dan kata2 itu umpama air jernih yang mengalir ke dalam hati...subhanallah~~

Disebabkan keterlibatanku dalam program malam itu,aku hanya mampu melelapkan mata hanya 15 minit..dan bangun semula dlm pukul 4pg..pagi jumaat yang hening...alhamdulillah,masih bernafas lagi...menghirup udara kurniaan allah..ku lihat sekeliling kawasan insaniah,walaupun tersangat pagi,tapi,bulan cerah umpama turut memuliakan hari jumaat itu...Allahuakbar!!!

Aku dan sahabat2 seperjuanganku terus melaksanakan tanggungjawab menggerakkan sahabat2 lain..lalu,menuju ke surau...solat2 sunat yang diawali dengan sunat tahajjud,taubat,hajat dan witir..dalam antara solat,diselangi dengan wirid dan munajat hamba kepada Al-KHALIQ....
YA ALLAH....syahdunya...ku pohon sesungguhnya,agar dibebaskan pemikiranku saat itu dengan keserabutan dunia yang fana...kerana dunia saat ini khusus untukku meraih cintaNYA...

'YA ALLAH

Tika manusia melihat aku tertawa riang,belum tentu hatiku turut tertawa,hanya ku cuba redakan getaran rasa rindu kepadaMU,Tika manusia melihat aku menagis,belum tentu hatiku sedih,tapi,aku bahagia kerana aku mampu menagis keranaMU...YA ALLAH,kebenarannya,aku ingin menjadi seorang sufi yang bertapa dalam ratib cinta kepadaMU,tapi,aku tertahan di sini,di hati ini,dalam keadaan ummah sedang parah...''

Jadi,di Insaniah ini lah,aku menghijrahkan diriku dalam menyesuaikan diri dengan masyarakat..ku ucapakn salam kepada sesiapa saja(muslimat),dan bersama2 membantu menegakkan syiar islam.cukuplah aku menjadi seperti benang yang selumbar,sekurang2nya,di situ aku teurut membantu dalm menghasilkan kain yang bermutu tinggi''

Dalam waktu muhasabah diri,aku tertanya pada hati:wahai hati dan jiwa,bergetarkah kau tika dibacakan ayat2 Allah,dan disebut namaNYA???kau pura2 atau kau memang munafiQ??atau kau sengaja menghipokritkan dirimu???''ku kira,hati tersentap membahaskan tautan rasa ini...astaghfirullahal 'azim..

Ku bertanya pada diri dan nafsu:bagaimanakah potensimu sekarang??harus akur pada kebaikan atau kejahatan??membenarkan yg haq atau yang batil??..nafsu diam seribu bicara atau tertawa girang....aduhai diri,ke mana suaramu??adakah kau telah 'lost contact' dengan hati yang jernih???~~~

Dialog dalaman antara anggota2 ahli jasad tambahan batin..mencetuskan keinsafan atas dosa-dosa...aku bukan ahli sastera dalam mengarang2 karya luar biasa,tapi,aku hanya meluahkan apa yang ku rasa....

selesai malam munajat@ qiamullail.terus solat subuh dengan sujud sejadah...penceramah jemputan kedua amat mendalam kesannya...aku dan sahbat2 tentang mahasiswa itu sendiri...
Dalam gerak kerja @ bermasyarakat,memang akan ada berlaku jenaka @gurauan amat tidak asing lagi...masyaalllah...benarlah kata2;orang yang banyak tertawa akan gelap hatinya...akan kurang keberkatan ilmunya;;astaghfirullahal 'azim....hati ini memang sukar untuk dijaga kesuciaan dan kebersihannya..kita yang harus selalu kembali kpdNYA selalu..munajat kpd NYA selalu..''dunia ini..manusia ini...inilah lumrah dunia....manusia mudah terleka dengan dunia kerana kelazatan padanya...tpi,amat beruntung bagi mereka yang mahu kembali semula kepada ALLAH''\\

Jika manusia mengatakan aku hipokrit @sombong @ sebagainya...terpulanglah kepada mereka menilainya,,,,aku adalah seperti manusia2 lain yang cuba menjadi hambaNYA yang soleh walau aku tidak sehebat ulamak2 mahupun berakhlak seperti rasulullah s.a.w...serta sahabat2 sahabiah...aku akan cuba jua..kerana aku mencari redha allah dan nikmat bercinta dengan DIA!!!

#bukan mudah..bernafas dalam jiwa hamba..dan ku cuba meredah segala pesona dunia,,dan ku cuba merentas lautan mehnah walau perit,,,bahkan aku tidak akan menangis kerana yang fana,tetapi hnya kerana DIA>>>tangisanku pada makhlukNYA kerana NYA~~~lu berlindung selalu padaNYA>>>>

~~Moga aku mampu menjadi sufi dan penggerak dakwah islam dalam masa yang sama kerana DIA dan rasulNYA....ISLAM YANG AGUNG~~~



wallahua'lam....

Jumaat, 1 Oktober 2010

CALON-CALON PEMIMPIN AKNA DATANG-PRK KUIN


PILIHAN TERLETAK DI TANGAN ANDA!!!
PILIHLAH YG MAMPU MEMPERJUANGKAN MAHSISWA KUIN>>>
TAKBIR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
TARIKH MENGUNDI-# 3 oktober 2010,AHAD
MASA :9 pagi hingga 2 petang
TEMPAT :Dewan Besar KUIN @ Bilik Santapan...

'BUKTIKAN KITA MAHASISWA PRIHATIN!!!!!'

Selasa, 21 September 2010


salam mahabbah fillah .. slm Nona...

PILIHANRAYA CAMPUS soft (KUIN)

'GOAL NOT justify the means'

Indeed, as the Muslim students who study Islam and fight for the truth could think of strategies to lift the dignity of Islam and the principles clearly in INSANIAH.Dalam Islam, politics can not be separated by religion and by politics, rule of Islam could be implemented.

when it considers the situation in his own soft, most of us are still not understood what is meant by 'clean politics' and' dirty politics positive attitude'.... terjah n imbau re ...


Maaf Zahir Batin ~~(^_^)

Jumaat, 3 September 2010

Bismillahirrahmanirrahim........................

Segala puji-pujian dirafa'kan kepada Allah s.w.t dan sanjungan buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w....

Bersempena bulan Ramadan ni yang masih berbaki beberapa hari lagi,marilah bersama-sama meningkatkan amal ibadah dan mengejar kelebihan Lailatul Qadar.

Apabila kita renungkan semula permulaan kehidupan kita hingga saat ini,sejauhmanakah kita membuktikan dan menunaikan janji-janji kita kepadaNYA??
Di alam roh,kita mengikat perjanjian dengan DIA,di alam rahim dan tika kita menjengah dunia,kedua-dua tangan kita tergenggam erat dan tangisan kita bergema saat kelahiran......genggaman tangan persaksian janji sebagai khalifah Allah,tangisan akan takutnya andai tak termampu memikul amanah itu..sucinya kita daripada dosa-dosa saat itu....namun,kini.............bagaimana??

Kita sering terleka dengan dunia samada kita sedar atau tidak..kerana itulah kita...manusia biasa...kita bukannya malaikat mahupun nabi atau rasul.Tapi,usah jadikan ia sebagai alasan mengelakkan diri menjadi hambaNYA yang beriman dan bertaqwa.Ayuh.....tanyalah pada lubuk hati dan diri,adakah aku sanggup mati untuk DIA,rasulNYA dan untuk AgamaNYA???

jika hati dan diri berkata..YA...ayuh,buktikan!!!!jika hati dan diri masih ragu-ragu atau tidak tentu..maka,amat zalimlah pada dirinya sendiri...Masih terngiang-ngiang suatu ungkapan daripada Syeikh hassan al-banna;seorang pejuang itu apabila dia mati kerana apa yang diperjuangkan,maka barulah terbukti perjuangannya'-maknanya yang ana faham>kata-kata jika tidak disertai dengan perbuatan yang bersungguh-sungguh dan keikhlasan,umapama menabur benih,tapi,tidak disiram,tidak dibajai dan tidak diusahakan...akhirnya....tiada hasil...sia-sia saja...

Apa-apapun,moga menjadi renungan bersama-sama.selamat beramal ibadah,dan salam lebaran.......maaf zahir batin...

ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Khamis, 12 Ogos 2010


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......



SUBHANALLAH~~~ALLAHUAKBAR!!!!

BERSAMA TINGKATKAN AMAL MENCETUS PERUBAHAN KERANA ALLAH..
UNTUK ISLAM TERCINTA!!!!

BULAN RAHMAT,BULAN RAMADHAN~~~(^-^)

Selasa, 10 Ogos 2010



JOM TINGKATKAN AMAL IBADAH!!!!

~~Alhamdulillah,tak sabar rasanya nak meraikan bulan rahmat ni..syukur ke hadrat Allah,diri ini dan hati ini ditetapkan Allah masih mampu bernafas di naungan islam,iman dan kasih sayangNYA..

Moga kita bersama-sama meningkatkan level kecintaan kita kepada DIA YANG ESA dan RasulNYA...

Sempena bulan mulia ini,sama-samalah kita bermaafan dan memperbanyakkan amalan sunat..
Tak dapat buat semua,jangan tinggal semua...
Buat sikit-sikit dulu tak apa...
Yang penting~~Kena ISTIQAMAH>>>

insyaallah...Innallaha ma'ana~~ALLAHUAKBAR!!!
Subhanallah~Alhamdulillah~Allahuakbar!!!

Segala pujian bgi Allah s.w.t,Pencipta sekalian makhluk..dan selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...

Sayunya mendengar azan berkumandang,dan hari ini adalah hari terakhir syaaban,esok adalah Ramadhan yang ku rindui...begitu juga umat islam yang tahu meghargainya....

Menjadi seorang hamba Allah yang soleh bukan hanya dengan semngat yang berkobar sahaja,tetapi,dari tahap bagaimana dia berusaha bertaqarrub hatinya dan dirinya dalam menyerah sepenuh-penuhnya dalam segala aspek kehidupannya kepada Allah s.w.t.




Ahad, 8 Ogos 2010




Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini,aku tak mampu ke kuliyyah disebabkan keadaanku yang kurang sihat.Dari sebelum bermulanya semester pengajian,aku sibuk.bagaikan tiada istilah cuti bagiku dari menjengah ke INSANIAH tercinta...
Aku rasakan tiada yang memahami diriku ini hatta keluargaku seklipun..Hanya Tuhan yang TAHU persis bagaimana aku sebenarnya...YA!!hati kita hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI,krn DIA lah YANG memegang hati-hati manusia...

Niatku walau ku sakit,aku ingin membantu ibu bapa dan adik-beradikku dirumah..mungkin kerana kesibukanku yang membuatkan aku kerap tiada di rumah lama-lama,membuatkan ibu bapaku kecil hati padaku sebab tak dapat membantu mereka..dan masa yang ku luangkan makin tipis untukku beramah mesra dengan keluargaku..tapi,bukankah ini juga perjuangan??Aku pun ingin berehat dan bersama keluargaku dalam masa yang panjang,,tapi..bagaimana mampuku bergoyang kaki melihat generasi kini yang kian lompang akhlaknya>??aku pun tidaklah sebaik mana..tapi,aku akan berusaha menjadi muslimah yang solehah,mujahidah yang syahid fi sabilillah...

Aku dalam dilema...antara tanggungjwab di rumah dan di luar..abahku mengerti dan cuba memahamiku,tapi,mak ku,,mungkin beliau amat risaukan aku..anak perempuan sulung kan..dan adik perempuanku sorang,masih kecil dan lasak..adik beradik lelaki seramai enam orang..faham-faham sajalah bagaimana mereka kan...aku hanya mampu menangis dalam tegar.,diam dalam tangisan..irama yang tiada kedengaran..krna bagiku..aku bukannya seorng yg lemah untuk menangis teresak-esak mahupun merengek-rengek..tapi,tangisku adalah dlm diam,,bukn bererti aku egois..cuma aku simpan rasa tangis itu untuk ku adukan pada DIA~~aku hnya ingin menagis krn DIA YG SATU!!tangis kerna Allah sbb keredhaan Allah terletak pda kereghaan ibu bapa..Allah memuliakan ibu bapa,jadi aku wajib memuliakan mereka..aku harus mengasihi mereka krn aku seorang anak..dan mereka ibu bapaku yang ku cintai kerana DIA>>

Benarlah!!cinta itu bukan hanya dengan ungkapan lisan mahupun tulisan..tapi,disusuli dengan perbuatan..

Hidup ini memang memenatkan...tapi,dari situlah ada kemanisan yang dihadirkan olehNYA,rasa lega bila mengalirkan air mata krna fitrah insani..aku tahu,aku bukanlah anak yang terbaik..tapi,aku cuba menjadi anak yang dapat memyumbangkan kebaikan buat mereka..agar mereka bahagia di dunia dan di akhirat.

"Ya Allah,aku kian lelah memerhati dan menjelajah kehidupan ini..terasa aku ibarat selut hitam yang berada di persisiran pantai putih...di kejauhan,aku menatap sayu,mungkinkah aku dipandang olehMU??pedihnya hati ini,,tak siapa yang tahu..kerna mereka semua hanya melihat senyum dan gelak tawaku yang ku pamerkan..aku buakn berpura-pura,tapi,aku tak mampu untuk meratap akan hidup ini di hadapan mereka,,hnya PADAMU KU SERAHKAN SEGALA-GALANYA....YA ALLAH!!!"

**Aku ingin dan akan mencintai apa yang dicintaiNYA,dan aku ingin dan akan membenci apa yang dibenciNYA!!!**
HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID!!!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!

Rabu, 4 Ogos 2010

~Catatan hambaNYA yang berdosa~


Subhanallah~bagaimana harus ku suarakan rasa hatiku yang sebenar?mungkin ramai sahabt-sahabatku fikir aku begini,begini dan begitu...terpulanglah bagi mereka menilai aku seperti apa pun,kerana aku hanya hambaNYA yang hina.Aku ingin menjadi seorang yang kuat,tegar dalam mendepani apa pun cabaran dalam medan jihad seperti Srikandi khawlah al-azwar,menghunus pedang bak pahlawan sejati.Bagiku,aku ingin berada di barisan pertama dalam peperangan,yang mendepani musuh-musuh islam...Tapi,adakah kerana aku muslimah,aku dikhususkan untuk berada di barisan yang merawat pejuang-pejuang,ya...harusnya muslimah itu sifatnya lemah lembut dan memiliki ciri-ciri muslimah yang ku kira sempurna.Tapi,aku??aku ingin menjadi antara orang yang gugur syahid di medan itu dan memegang senjata dengan perisai besi dan pakaian yang berselumbung penuh,melindungi identiti sebenar diriku..dengan tangan ini!!,dengan hati ini!!,dengan semangat ini !!kerana Allah!!!,,mungkinkah aku menjadi seperti itu?

***********************************************************************************
Ramai yang mengatakan padaku 'tidak adakah rasa hati ini kepada insan bergelar 'adam'?wallahua'lam.apa yang mampu ku katakan;wallahua'lam.aku sendiri tidak tahu.aku takut untuk merasainya,kerana aku takut akan DIA YANG MAHA ESA!!aku takut aku terjerumus dalam fananya cinta palsu itu.Lalu,aku mengenepikan perasaan itu..jika rasa itu hadir,akan ku tepis ia jauh-jauh,dan menyibukkan diri ini dengan pelbagai wadah perjuangan islam,kerana ALLAH.

Masa zaman persekolahan hingga kini,aku turut diuji dengan 'cinta',cinta monyet ke buaya dan entah apa2 barangkali..bila difikirkan,bagaimana pemikiran aku dulu dan kini ya??betul,duniaku adalah keluarga,perjuangan,sahabat-sahabat muslimah,guru-guru dan medan ilmuku.walaupun sekolah campur muslimin dan muslimat,tiada istilah 'cinta' itu dalam diari hidupku.biarlah aku dianggap sombong,berlagak,dsbgainya oleh mereka yang bergelar muslimin.aku adlah hambaNYA,diri ini pun bukan milik kita sendiri,ini kan pula mendamba cinta hambaNYA yang lain.Alhamdulillah,segala huluran perkenalan yang ku kira bukan berlandaskan syariat islam,ku menolak dengan cara yang baik.moga hati dan diri ini istiqamah dalam menjadikan 'ISLAM IS THE WAY OF LIFE'..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Hati ini sayu melihat sahabat-sahabat muslimat kini,yang mudahnya meletakkan cinta palsu itu dan menyerahkan segala-galanya kepada si dia yang belum sah aqadnya.Malahan yang faham konsep berjuang dan islam ada yang terjerumus.Aku bukanlah penghukum,bahkan bukanlah seorang yang sempurna..kerana aku tahu..kita semua manusia...setinggi apa pun jawatan atau tahap pendidikan kita,kita semua manusia biasa dan Allah yang memegang hati-hati kita ini.Berdoalah kepadaNYA dan mohonlah ampunan daripadaNYA..

Ini salahku jua,aku yang lalai menyebarkan dakwah islam yang mulia kepada mereka..kesibukanku di universiti ku,moga ada nilainya di sisi Allah.Aku merancang untuk 'mengislamisasikan kondusif masyarakat'-pencetus idea ini,adalah ayahku sendiri.tapi,aku rasa,aku yang kena buat kertas kerja pula.siapa nak laksanakan ya?bajet nak cari mana?Perangkaan peratusan penyertaan?Allahuakbar!!bertambah rasanya tanggungjwab aku ni...macamna dengan tanggungjawab sebagai ................................................. di KUIN?pelajaran?,lebih baik tak payah sebut,benarlah 'tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa'. wallahua'lam.

~PANDANGAN ALLAH LEBIH UTAMA DARIPADA PANDANGAN MANUSIA~

Sabtu, 31 Julai 2010

Seminggu dalam Minggu Penghayatan Islam & Pesta Buku


Bismillahirrahmanirrahim......
Dengan rendah hatinya aku melalui detik-detik seminggu dengan program yang cukup mentarbiyyah diri dan hati ini dengan segala mehnah dan tribulasi.Sukar untukku mengertikan 'manusia'.Ya,benar..manusia itu sikapnya subjektif dan unik.Mempunyai aqal yang dikurniakan Allah s.w.t hendaklah dilandaskan dengan wahyuNYA iaitu Al-Quran dengan perantaraan Rasulullah s.a.w.
Seminggu,bahkan sebulan sebelum itu,hati ini gentar memikirkan sejauhmanakah aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku mampu memberikan walau mengajak saudara-sauadara seislam yang lain menghayati makna penghayatan islam sebenar dan menyuburkan budaya membaca,budaya islam.
''Sampaikanlah padaku walau satu''
Aku bersyukur ''Alhamdulillah'...walaupun program itu telah habis,tapi,bagiku..akan ku teruskan penghayatan islam ke dalam diri ini dan sahabat-sahabat seislam yang lain...
Kalimah yang sering ku ungkapkan buatku istiqamah adalah.>(Berjuang memang pahit,kerana Syurga itu manis,bukan sedikit mahar yang perku dibayar,bukan sedikit pedih yang ditagih,,,kerana denganMU,YA ALLAH,akan ku redah segala-galanya)<

sampaikan rasa cinta ini untukMU dan RasulMU...moga inayahMU dan Syafaat RasulMU untuk kami semua,hamba-hambaMU yang berdosa ini....

Sabtu, 10 Julai 2010

Subhanallah~~makin kedengaran suara-suara sumbang yang melagu-lagukan budaya barat..untuk apa dimegahkan segala nya nya???aku kian tertanya-tanya,mengapa kita ini mudah saja menerima budaya luar ya???aduhai,aku tidak mengkhususkan hanya bangsa,tetapi kita ini sebgai muslim...kenapa kita ini semakin lemah menepis biusan cinta dunia???adakah kita telah lalai dengan pelbagai nikmat hingga menjatuhkan hati kita kepada dunia yang fana ini??

Dimanakah jiwa-jiwa pendaie yang lantang bersuara,menegakkan amar maaruf nahi mungkar??
Bilakah kita akan kembali menghamparkan mutiara cinta dan rindu akan syahid seperti karangan Imam Hassan Al-Banna :'berikan aku 300 pasukan,yang mana di dada mereka sarat denganilmu pengetahuan,hati mereka berkilau-kilauan dengan simbahan cahya rohani,jasad mereka terlatih,maka ketika itu,kamu ajaklah aku untuk menembusi langit tujuh lapisan,menembusi bumi tujuh petala atau menghancurkan kepala penjajah,aku sanggup!!!''
SUBHANALLAH!!!ALLAHUAKBAR!!!!

***mari kita sama-sama koreksi diri kita...apakah yang telah kita lakukan untuk islam????

Jumaat, 5 Februari 2010

salam di hulur tika menjengah medan jihad ini,
impian mati di jalanNYA tidak pernah surut dalam diri,
kerana segala-gala ini untukNYA yang kucintai,
Jadi diri ini akan buktikan hakikat pengakuan yang terpahat di hati..
UntukMU,Ya RABBI...

Sepanjang jejak hambaNya ini meniti medan yang berlikuliku,terasa berat dan lemah untuk terus melangkah.Tapi,ada hikmahnya yang dapat hati dan diri ini rasa akan penghijrahan atau pengislahan.Tajuk perbahasan halaqoh ana di luar,'ISTIQAMAH'!!

Jumaat, 29 Januari 2010

CORETAN RASA

salam mahabbah fillah...

Oh tuhan..
tika ku bersujud padaMU,
seakan aku ingin segera bertemu denganMU,
meninggalkan segala-galanya..
namun,
aku kembali tersedar akan untaian dosa yang berangkai,
membuatku tertunduk malu padaMU,Tuhanku..

Oh tuhan,
Aku mohon padaMU dengan spenuh hati dan diri ini,
Janganlah Engkau biarkan hati ini memiliki rasa cinta yang tak selayaknya di persada hati ini,
Kerana Engkau Maha Mengetahui..
Ku persembahkan persada hati ini untuk menempatkan rasa cintaku padaMU..
Aku tak mampu mencintai yang lain andai di hatiku masih belum merasai secangkir cintaMU,
Tamakkah aku??Ya Tuhanku??
Egoiskah aku??Ya Tuhanku??
YA ALLAH>>>>>

Oh tuhanku,
Makin ku tepis ujian cinta Engkau campakkan di hati ini dengan bermujahadah
Makin ujian hati itu datang seakan membelitku untuk terjerumus ke dalamnya,
Makin ku cuba merapatiMU dalam qiamullail yang khusyuk,
Makin Engkau ujiku dengan kelazatan tidur yang sempatku kecapi sedikit
dek menempuh jalanMU,
Siapalah aku ini,Ya ALLAH...
Aku akan ikhlas menerima kerana Engkau TUHANKU YANG ESA..

Oh Tuhanku,
Bagaimana harus ku kawal idaman hati ini??
Ingin merasai rasa cinta Rabiatul Adawiyah kepadaMU...
yang mencintaiMU semata-mata...SUBHANALLAH!!!
Aku tahu akan fitrah insani diri ini..
Tapi,aku tetap akan berpegang dengan janji-janjiMU dalam WahyuMU,
lantaran itu..
Aku menguncikan persada hati dan diri ini semata-mata keranaMU,
Segala-galanya telah ditentukanMU di Luh MAhfuz..
Aku benar-benar yakin akan KEBESARANMU..
kerana ENGKAU BENAR,
Janji-janjiMU BENAR,
RasulMU BENAR,,
AgamaMU BENAR....
peliharalah hati-hati dan diri kami ini ...YA ALLAH>>>
CINTAMU DAN RAHMATMU ADALAH SEGALA-GALANYA>>>
TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!

Khamis, 7 Januari 2010

In The Name Of ALLAH,The Most Gracious and The Most Merciful

Kesibukanku dengan kuliah yang padat dan penglibatanku dalam aktiviti -aktiviti perwakilan pelajar amat menguji pengaturan hidupku sebagai khalifah allah di muka bumi ini.Namun,ku tetap memutuskan untuk tetap mengambil lesen motor dan kereta.walau tak pernah bawa dan tak pernah kata belajar lagi..seperti hari ini,daku pergi belajar memandu kereta.Daku gagahkan juga diri dan hati pergi walau masih tidak sihat.lantaran kesibukan yang membuatkanku kurang memberi perhatian pada kesihatan diri.Terasa lantai tinggi rendah...Ini kali pertama belajar kereta dan kali pertama pegang stereng kereta yang bergerak.Suhhanallah!!kereta ini bergerak dan aku yang memandunya dengan izin ALLAH..Terima kasih,Ya Allah,kerana memberiku kesempatan dalam hidup yang singkat ini,dapat mempelajari secebis ilmu yang ENGKAU turunkan ke dunia ini..''Kegembiraanku tak berpanjangan..,..(aku pernah dimarah,dicaci dan di oleh orang yang aku cuba mengajak amar makruf nahi mungkar dan menjadi pendengar kepada sahabat-sahabatku yang marah dekat orang lain,tapi,sekali aku yang kena)..
Ya ALLAH,betapa malunya diri ini apbila dimarah dan dikata sebegitu rupa oleh cikgu yang mengajarku.Suaranya yang lantang dan kuat kedengaran amat menyedihkan hati ini.Kiranya,hampir kesemua orang di situ memandangku,daku tak tahu samada pandangan simpati,marah atau sebagainya.Daku berkata pada diri''Insyaallah,aku akan tetap bersabar walau macamna pun selagi tak melanggar ajaran islam.Dia guruku..lagipun,mungkin ini salahku yang masih belajar.''Daku cuba tetap kuatkan hati ini supaya tetap husnuz zhon dengan cikguku dan orang-orang di situ walau pedihnya hati menahan rasa di kalbu ini.''aku...tidak akan menangis!!!tidak!!tangisku untukMU,Ya Allah...kuatkan diri ini...teguhkan jiwaku menngharungi setiap detik tetap mengingatiMU''.Daku percaya ini salahku juga,tak pandai lagi bawa kereta.Apa yang ku tahu,salahkan diri saja ya,zikra''..Namun,daku yakin ada hikmahnya di setiap perkara yang berlaku..Masa terus berlalu,akhirnya daku mengambil keputusan tamatkan pembelajaran hari ini.Bukan kerana cikgu itu kerap memarahiku,tapi,daku sudah tak mampu meneruskannya kerana pandanganku kian terasa kelam ditambah kesakitan di kepala yang hanya TUHAN YANG TAHU''.Akhirnya,air mata ini tetap gugur walau puas ku tahan dari mengalir...ku tak mampu lari dari fitrah an-nisa' yang bertemankan air mata.Tapi,ini bukan air mata kesedihan,tapi air mata pengakuan bahawa daku amat bersyukur Allah berikan ujian hati dan diri ini untuk mengujiku samada mampu menjadi mata-mata rantai pejuang islam kelak.walau bagi orang lain mungkin terasa kecil,tapi bagiku,besar hikmahnya yang aku dapati di dalamnya.Ku katakan pada diri..''Takkan baru sedikit ini,dimalukan,dicaci dan dimarahi oleh semua,aku mahu terus berhenti??Ya Allah,terima kasih atas pentarbiahan yang ENGKAU aturkan buatku..aku akan cuba mengikhlaskan hati menerimanya walau perit terpaksa ku telan.Inilah realitinya yang pertama kali aku rasakan dibuat sebegitu rupa di khalayak ramai yang ternyata amt ramai.dimana aku tekebil-kebil sendirian dan menjadi tontonan umat...rasanya,memang begitulah dan lebih dasyat lagi yang pernah dialami Rasulullah s.a.w yang pernah dibaling batu hingga diri Baginda dipenuhi darah hingga bila Baginda berjalan,terdengar bunyi kocakan darah dalam kasut Baginda.Ya rasulullah,aku akan cuba mencontohimu walau aku bukan semuliamu,ya habiballah..Seperti para sahabat yang berani berjuang dan tetap bersabar dalam bermujahadah.sungguh mulianya peribadi Rasulullah dan para sahabat...''Ya Allah,ampunilah dosa-dosa guruku itu dan bukakanlah pintu hidayah dan taufiqMu kepadanya...moga rahmatMu tetap bersamanya juga..'
-''YA RABBI,sudilah pandang kami,terangilah jalan hidup ini,ampunilah kami denagn RahmatMU yang meluas,teguhkanlah iman kami dan pasakkan utuh taqwa kami kepadaMU''t
*inna solati wa nusuki wa mahyayati lillahi rabbil 'alamin...*