munajat cinta rabbi

munajat cinta rabbi

Khamis, 5 Januari 2012

PERINGATAN BUAT TEMAN2 CINTAKU


SUbhanallah..wal hamdulillah..la ila ha illaLLAH!!

Seindah cinta Illahi yang mewangi dalam hati-hati kita,
ibarat mekarnya kelopak-kelopak rindu bertemuNYA,
Kita berpegang tangan erat menongkah arus,
kepercayaan dan iman dijadikan asas dalam ukhuwwah ini terjalin,
andai makin hilang kepercayaan dan iman2 ini,
amat menyedihkan bagi kita yang hebat berbicara tentang perjuangan dan ukhuwwah islamiyyah...doaku agar kita sama2 memantapkan tarbiyyah rohani dan jasadi kita dalam setiap tekanan2 yang kita hadapi..bukan dengan membisu dalam tunduk menyerah.sahabat..

Sahabatku,perjalanan hidup kita semua berbeza2,ragam dan sikap kita pelbagai,ada yang pasif,slow down,cool,agresif,ulat buku,dan bermacam2 jenis yang kita ada dalam ummat ini,jika kita namakan ukhuwwah ,ikatan persaudaraan sahaja,,tanpa ada 'fillah',,yang berpaksikan kepada cinta Kpd ALLAH,,sungguh!!amat rapuh ikatan persaudaraan ukhuwwah yang terbina itu..jika bersandar kepada apa2 yang fana selain Allah..

Sahabatku,suka ana ingatkan,dengan berbezanya kita dari segi pemikiran,tingkah laku,corak kehidupan,gaya pemakanan dan sebgainya,sebenarnya suatu rahmat allah kepada kita,lihatlah,betapa Hebatnya Allah menjadikan manusia dalam pelbagai kesenian diri yang tersendiri,bukan seperti robot ciptaan manusia yang hanya 'angguk-angguk,geleng-geleng; dengan 'remote control' yang kita tekan..itulah keunikan manusia yang tidak ada pada makhluk lain dengan anugerah aqal yang tinggi nilainya.tapi,tingginya kedudukan aqal,maknanya walau sehebat mana bijaknya,dan hebatnya otak manusia itu,untuk menundukkan keegoan yang mungkin bersarang di dalam nafsu ysng bermukim di hati,Allah memerintahkan kepada kita untuk tunduk,sujud menyembah kepada Allah,ertinya,sehebat-hebat aqal manusia yang DIA ciptakan,WAJIB sujud dan patuh kepada DIA yang menciptakan aqal sebegitu rupa.masihkah kita bongkak dan sombong dengan jawatan,pangkat dan darjat?hatta kekayaan kita yang tidak bernilai apa2 di akhirat tanpa amal jariah??

sahabatku,kita sering merungkaikan tentang betapa tidak puas hatinya kita kepada sahabat kita dalam diam atau dengan lantang,tapi,tahukah kita,kita juga bersalah kerana tidak mampu menjadi qudwah hasanah terbaik buat dia??kita fikir dengan membencinya,kita akan rasa hilang beban rasa hati,dan akan tenang.TApi,TIDAK SEBENARNYA!!bahkan kita akan terasa hati kita sangat2 rapuh dan sukar menyucikan hati kita tika menghadap ALLAH,,tahukah kenapa??kerana kita telah mengotorkan hati kita sendiri..ana jua merasakan begitu sejak beberapa hari kebelakangan ini,makin ana cuba bersihkan hati,bila diingatkan tentang hal2 tersebut,hati ini makin gelap kembali..selalu menangis sebab rasa hati sangat2 kotor berdendam dan rasa kecewa dengan tindakan manusia tertentu,,tapi,impaknya,hati sendiri yang sakit..makin cuba pujuk hati kita,makin dugaan datang pelbagai cara untuk calitkan juga sedikit sakitnya hati kepada pihak2 tertentu..mungkin ini,kaffarah dosa yang pernah dilakukan sebelum2 ini..tanpa sedar..tidak mengapa,sahabat,,teruskan mujahadah..seperti ana jua dalam proses belajar untuk lebih mujahadah..inilah proses kita sebelum bergerak ke dalam lapangan kehidupan dakwah yang lebih mencabar terkedepan..mungkin ini,suatu latihan ujian kecekapan kita meng'handle' masalah2 kita dengan bijaksana kan..tidak mengapa..teruskan mujahadah!!


Cumanya,dengan bersabar,tidak semstinya kita akan diam berterusan,sabar jua bermaksud kita tegakkan kebenaran walau pahit untuk ditelan,jelaskan segala keruh yang melanda bukan hanya dengan membiarkan masa berlalu begitu saja,tetapi mengambil langkah ke depan agar menunjukkan kematangan kita dalam perjuangan,,itulah amanah yang dipikulkan Allah kepada kita manusia,,

Sahabatku,sejujurnya,ana sedih dengan sahabat2 semua termasuk diri ini.,kerana kita telah berjanji untuk setia bersama-sama,tapi,hakikatnya,makin ramai menjauh..adakah keputusan yang kita lakukan adalah suatu tarbiyyah drp ALLAH?YA!!benar,,tapi adakah ia hanya sekadar tarbiyyah??lakukan sesuatu,sahabatku..sebelum diri ini tidak mampu bersabar lagi melihat keadaan yang nampak tandus dan gersang dengan nilai2 tarbiyyah yang kita uar-uar kan..

Fahamku,ini mungkin bukan salahmu sahabat,tapi,salahkah kerana tidak berupaya menjadi penolongmu dan sahabat yang terbaik buatmu,tidak mampu menyelesaikan masalah,malah menambahkan masalah,tidak berani menghadapi kenyataan,tidak bijak merebut peluang dan tidak sempurna menjadi sahabatmu semua..

JIka ukhuwwah fillah yang kita sering laung2 kan hidup,tapi,'mati' roh nya,tiada gunanya,sahabat,,kerana hati2 kita yang hitam dipalit dosa takkan mampu menerangi hati2 manusia lain yang masih gersang hidup bertarbiyyah'..jika kita katakan ujian ini tarbiyyah daripada ALLAH,sejauhmana kita belajar untuk menjadikan tarbiyyah draiNYA ini INdah di hati2 kita bersama dan berjaya di dalam perjuangan kita di bumi kita ini dan di luar sana..renungan bersama buat diri ini yang sering lalai,dan sering mengacau bilaukan keadaan dan sering membuat masalah..asif jiddan..

p/s:terkadang jiwa kita tdk blh hnya berbhasa dgn bunga2 manja,tapi,perlu dengan gaya mendesak dan mengkritik diri kita agar berubah menjadi lebih baik,,ana pun sedang berusaha menjadi lebih baik daripada semalam2 yang hanya berdasarkn ikut2an yang mambuatkan kita hilang kerasionalan kita sendiri..bila ditanya kerana apa kita di sini,,apakah kita mampu menjawab dengan yakin kerana apa kita berada di jalan ini??ermm,,,fikir2 kan lah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan